12 November 2011

Sumber [MK]Satu perhimpunan secara aman berlangsung pagi ini bagi menyokong peraksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Perhimpunan yang bermula pada jam 8 pagi itu diadakan di perkarangan Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit, Melaka.
Mereka yang menyertai perhimpunan itu terdiri daripada pelbagai bangsa itu, dengan diketuai oleh penganjurnya,  Mak Chee Kin yang turut merasakan perlaksanaan PPSMI patut diteruskan dan bukannya sehingga tahun 2006 sahaja.
"Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyidin Yasin kerana menangguhkan perlaksanaan (pengajaran sains dan matematik) dalam Bahasa Malaysia untuk beberapa tahun lagi.
"Kita bukan anti-kerajaan, kita bukan anti bahasa Malaysia tapi kita cuma nak yang terbaik untuk anak-anak kita," kata."Seperti yang kita lihat sambutan daripada pihak ibu bapa amat memuaskan walaupun hujan lebat, namun mereka tetap datang," katanya.bercakap kepada pemberita, Mak menganggarkan hampir 1,000 orang menghadiri perhimpunan pagi ini.
"Mesej kita kepada kerajaan agar buat yang terbaik untuk anak-anak kita.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah memberikan peluang ini untuk kami mengadakan perhimpunan secara aman," katanya.
Baca lagi[peguam sabah fail semakan kehakiman mahu ppsmi kekal]

0 Comments:

Post a Comment