30 Oktober 2009

Si Sopak …Si Botak …Si Buta





Hayatilah catatan di bawah dengan seikhlas hatimu kemudian sama-samalah kita mengukur diri kita masing-masing, dengan siapakah kita sama. adakah kita sama dengan Si Sopak-Si Botak atau Si Buta .

29 Oktober 2009

Santai bersama bapa ayam


Hadis ( Jangan kamu marahkan bapa ayam pada setiap pagi, kerana dia mengejutkan kamu untuk solat subuh)Hadis Riwayat Abu Daud.

28 Oktober 2009


               Setiap seorang daripada lima orang rakyat Malaysia pasti mengalami masalah kewangan. Setiap akhir tahun sebahagian besar rakyat Malaysia sempuk, sesak nafas,poket kering,dapur kurang berasap,anak-anak kekurangan zat.kereta tersadai,hanya motorsikal yang bergerak, Si bapa selalu bengis dan cepat marah.Si Ibu muncung memanjang. Puncanya tidak lain melainkan wang..wang..wang..itulah gambaran orang ramai yang selalu ana perhatikan, tetapi bagi diri ana, ia tidaklah sampai ke tahap itu..kehidupan ana macam biasa sahaja..tiada apa yang menghimpit jiwa dan mengempiskan poket..ini kerana ana….

27 Oktober 2009

      Ana mula melabur dalam ASB pada tahun 1997 yang lalu dengan pelaburan sebanyak RM 10.00.   Setelah itu ana terbaca tulisan Tuan Guru Hj Abdul Hadi yang mengatakan hukumnya Haram,kemudian ana membiarkan akaun ASB tu tampa menutup atau menambahnya, ana menunggu kalau-kalau suatu hari nanti hukumnya menjadi jelas dan halal  .Setelah majlis Fatwa kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengatakan hukumnya HARUS ana terus menambah pelaburan beribu ringgit tampa usul periksa. Tetapi setelah ana menghalusi tulisan ustaz Zaharudin ana rasa  masih ada yang tak kena dengan ASB tu

26 Oktober 2009

Santai sahaja



Maksud firman Allah SWT
ألئك كا لأنعم بل هم اضلّ) الأعراف 179)
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.

25 Oktober 2009

Tregedi berdarah 23 Oktober




        Pada malam Jumaat yang lalu anak bongsu ana telah terlanggar pasu bunga dan sikunya telah luka berdarah,saiz lukanya hampir 1cm.sakitnya hanya dia yang rasa,tangisannya melalak-melolong hampir

24 Oktober 2009


Ustaz Fuad Johor baharu :

i-ORANG BIASA SELALU KAGUM DENGAN PERKARA LUAR BIASA.
(Tahap minda mereka sama seperti masyarakat Jahiliah di Mekah)

ii-Perkara luar biasa yang paling hebat adalah kehidupan Rasulullah,beliau boleh melakukan segala-galanya dengan hanya berdoa dan jika  diizinkan Allah SWT semuanya pasti berlaku, tetapi beliau memilih untuk hidup seperti manusia biasa.
Sila baca lagi dalam pautan ilmiah (ust.zaharuddin)

23 Oktober 2009

Daripada Abi Hurairah r.a katanya telah bersbda Rasulullah saw :

AKAN DATANG SUATU ZAMAN DI MANA SESEORANG TIDAK MEMPERDULIKAN LAGI DARI MANA IA MENDAPAT HARTA, APAKAH DARI SUMBER HALAL ATAU HARAM

Hadis riwayat Nassai

22 Oktober 2009


Menangis kerana Allah adalah satu kepuasan yang tiada tolak bandingnya.Setitis air mata seseorang yang menangis kerana Allah SWT dapat memadam api neraka yang akan membakarnya di akhirat kelak.Sekali kita dapat menangis di hadapan Allah SWT dengan ikhlas,berhari-hari kita akan merasa ketenangannya.Cubalah tuan-tuan untuk menangis kerana Allah.Carilah sebab-sebab yang membolehkan anda menangis . berusahalah untuk menangis walaupun sekali dalam seumur hidupmu. Ada pelbagai cara untuk kita menangis ,antaranya kita boleh menangis melalui solat Tahajud ,Doa Taubat,Zikir Munajat dan muhasabah diri,tetapi bagi diri ana memadai dengan membaca kisah ini di hadapan keluarga, ana dapat menangis terisak-isak.cubalah tuan-tuan baca kisah ini dengan penuh penghayatan, insyaallah air matamu akan bercucuran.Inilah kisahnya ana turunkan.

21 Oktober 2009








Sudah bertahun- tahun ana menjadi imam Solat Fardu dan sunat Taraweh ,Semasa mengimami solat fardu jahriah dan solat sunat taraweh ana menbaca al-quran dengan cara melihat al-quran besar yang diletakkan di hadapan.

20 Oktober 2009

Kenapa ana amat memusuhinya .



Pertistiwa ni berlaku sekitar tahun 1985 yang lalu, iaitu semasa ana dan dua orang kawan ana disuruh menjaga surau yang telah ditinggalkan oleh guru al-quran ana, dia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji

15 maksiat yang menurunkan bala

Pembaca yang budiman,sama-samalah kita mencegah sekadar yang mampu dan menghindari diri dan keluarga kita daripada 15 Maksiat yang jika umat ini melakukannya maka ia akan menyegerakan turunnyan bala daripada Allah SWT.

1-Apabila harta Negara beredar di kalangan orang-orang tertentu sahaja.
2-Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan.
3-Zakat dijadikan hutang.
4-Suami memperturut kehendak isteri.
5-Anak derhaka kepada ibunya.
6-Sedangkan ia berbaik dengan kawannya.
7-Suami menjauhkan diri daripada ayahnya.
8-Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9-Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10-Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11-Arak sudah diminum di merata tempat.
12-Kain sutera sudah banyak dipakai oleh orang lelaki.
13-Para artis disanjung.
14-Muzik banyak dimainkan.
15-Generasi akhir zaman(sekarang) melaknat generasi pertama(Para sahabat Nabi).Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain.
(Hadis riwayat Tarmizi)

19 Oktober 2009



Jampi sakit mata
Amalkan jampi ini di samping mendapat rawatan di klinik, semoga dengannya kamu akan sembuh dan mendapat pahala

فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد) (سورة: ق . 22)
Maksudnya: Maka Kami hapuskan apa yang menyelubungi matamu , lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (Surah Qaf.ayat 22)

18 Oktober 2009

Kenapa kita tak kaya ???







Pesan nenek saya (Mak Teh Bidah),Jangan sekali-kali kamu mandi BOGEL,kerana keberkatan razeki kamu akan gugur bersama air mandian kamu ketika berbogel itu...

17 Oktober 2009

Merokoklah kamu sepuas-puasnya






DEAR SMOKERS AND NON SMOKERS
From CIA official statistics:

* Total World Population: 6.5 Billion
* Total Muslims in the world : 2 Billion
* Total Smokers in the world : 1.15 billion
* Total muslim smokers in the world : 400 million
* Largest Cigarette maker is Phillip Morris
* Phillip Morris donates 12% profits to Israel
* Total Muslim money to Morris $800 million DAILY
* Average profit margin is 10%
* Average profit for Morris is $80 million DAILY
* Thus $9.6 million of Muslim money goes to Israel every single DAY.......yes DAY!!!

Pass this on to all the muslims you can and don't help funding the Jews to kill our brothers. May ALLAH forgive us all.

Boycot Terrorist Products. The first two or three digits of a 13 digit
(EAN-13) barcode identify the country in which the manufacturer's
identification code was assigned. By purchasing products with a barcode
beginning with the following digits you will be helping terrorist economies
and terrorist governments kill more innocent civillians.

Boycot products having barcodes beginning with the following digits:

729: Israel
00 - 09: USA
50: UK

16 Oktober 2009

1-Jampi Medu(Angin pasang )
بسم الله الرّحمن الرّحيم
Hai medu..Aku tahu asal-usul mu..Medu jantan- medu betina-medu ombak- medu angin
medu mudik dari batu..po pat rat cit...pusshh
*Baca jampi serapah tu,tiup dan tekan di tempat angin pasang,samada di telur atau perut*

2-Rawatan Uluran angin : Ambil daun Medan,tumbuk hancur dan tampalkan di tempat angin tu,samada di telur yang besar sebelah tu atau perut yang sebu...daun medan tu gatal dan miang.

Catatan : ( Medu adalah istilah bagi penyakit angin dalam badan.. ,..pot pat rat cit..tu ana tak tahu bahasa apa...mungkin isyarat bagi pecah ketulan angin dalam badan kita.ilmu jampi dan rawatan ini ana belajar dari seorang nenek tua di utara tanah air)


Tiga jenis manusia ketika marah

Kata-kata Hikmah.
Kata-kata hikmah ini disampaikan oleh ayah ana kepada ana melalui mimpi ana pada malam jumaat 25/01/2001 ,jam 4.30 pagi.katanya:
Wahai anakku Abdullah,ketika manusia sedang marah,mereka terbahagi kepada tiga golongan,iaitu:
i-Ada manusia mabuk tetapi tidak gila.
ii-Ada manusia mabuk dan dia juga gila.
iii-Ada manusia tidak mabuk dan dia juga tidak gila.
Pilihlah salah satu daripada tiga golongan manusia itu untuk kamu jadikan diri kamu ketika kamu sedang marah.
(Sekadar catatan: Ayah ana orang kampung biasa sahaja.pendidikan awalnya sekolah pondok,pendidikan tingginya belajar daripada anak-anak.tahap matematiknya mampu mengalahkan kalkulator.kerjayanya pelbagai:peniaga-pesawah-petani-kontraktor-pilot lori dll..sekarang ni dia lumpuh diserang syaitan merah )

15 Oktober 2009

Rawatan dengan darah belut



Semasa zaman kanak-kanak dahulu ana dijangkiti sebiji ketuat di kepala lutut,satu hari ketika ana sedang menolong ayah ana menanam padi di sawah, ana telah menangkap seekor belut ,ayah ana suruh ana potong leher belut tu dan sapu darahnya di kepala lutut ana yang berketuat sebiji tu…..alhamdulillah ketuat tu hilang sehingga sekarang.

Formula jampi kismis pintar

Ibu-bapa dan Adik-adik SPM 2009 buatlah sendiri jampi kismis pintar ini.baca surah-surah berikut dalam keadaan berwuduk dan penuh tertil.
ISTIHGFAR 7x .
SELAWAT 7x .
FATIHAH 7x .
AL-IKHLAS 7x .
AL-FALAQ 7x .
AN-NAS 7x .
AYAT KURSI 7x .
AL-INSYIRAH 40x




Ini adalah cerita orang masjid yang ana selalu dengar di zaman kanak-kanak dahulu.kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan.Ceritanya bermula dengan seorang lelaki yang tinggal di seberang sungai berguru dengan guru yang berada di seberang sungai satu lagi.setiap petang dia akan naik sampan untuk belajar dengan gurunya di seberang sana,satu malam gurunya telah mengajar fadhilat Bismillah,antara fadhilatnya ialah kita boleh berjalan di atas air jika kita membacanya dengan penuh yakin.sejak hari tu lelaki itu tidak lagi bersampan untuk keseberang sana,baca bismillah,pejam mata,buka mata dah sampai di seberang sana.pada satu hari lelaki itu telah mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya,lalu dia menjemput gurunya untuk mengepalai majlis tersebut,semasa dia dan gurunya tiba di tepi sungai,gurunya bertanya,mana sampannya, bagaimana kita nak ke seberang sana ?.lalu lelaki tu menjawab. Eh eh tuan ni,buat-buat lupa pula,kan hari tu tuan guru telah mengajar kami fadhilat Bismillah.jadi dengan bismillah itulah saya menyeberang sungai ni setiap hari.. Tuan guru tu takut tengelam…dia tak mahu berjalan di atas air.
(Nilai moral:Buat sesuatu biar betul-betul...Ana selalu mengajar berbagai doa kepada masyarakat,pernah satu ketika mereka berkata,alhamdulillah menjadilah doa yang ustaz ajar tu…tapi yang peliknya bila ana sendiri membaca doa tu,ia tak menjadi…tawar… tak berkesan…..wallahula’lam)

13 Oktober 2009

Padan muka kau.... ..


Hobi ana ialah memandu laju di jalan raya,apatah lagi di lebuh raya,satu ketika ana hon-honkan lori JKR yang dipandu perlahan di hadapan ana,ana memotong lori tu dengan geram dan sombong sekali,tapi belumpun habis ana momotong tiba-tiba dengan selamba je abang Trafik kat depan melambai ana dengan bendera merahnya..aduhhhh kena saman RM 300.00
( Jangan kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong kerana kakimu tidak mampu membelah bumi dan kepalamu tidak pula dapat mencapai setinggi gunung,surah Al-Israa ayat 37)

12 Oktober 2009



satu malam sebelum ana memulakan siri kuliah maghrib di surau purnama hijau sungai tuang,ana telah disengat oleh serangga berbisa di belakang leher.ianya sungguh menyakitkan,dalam masa menahan kesakitan tu ana teringatkan doa yang selalu ana ajar orang kampung dan anak-anak ana.iaitu [Allahumma anta syafi fasyfi ma bi] ana baca doa tu,ana ambil air liur di lelangit ,kemudian ana sapukan di tempat kena sengat tu..alhamdulillah sembuh dalam masa tu juga.

11 Oktober 2009

Halal..bersih..sedap...RASA AYAM

CARA USTAZCYBER MAKAN AYAM DAGING
1-Ana sembelih sendiri dikedai proses ayam..yakin sah 100%
2-Terus lapah ayam tu…jangan celur ayam tu di dalam air panas bercampur darah dan tahi ayam yang disediakan oleh tuan kedai tu..hukumnya najis dan haram dimakan..hati kotor dan kelabu asap..bengap..bodoh..susah menghafal ilmu.
( Untuk menjaga kesucian hati ana lebih selesa mengikut hukum warak berbanding hukum syarak )


Mulai malam 15 syawal yang lalu kami penduduk Taman Bidara Indah mengadakan selawat dari rumah ke rumah bagi menambahkan lagi semangat ukhwah di antara kami,pelbagai juadah telah disediakan oleh rumah-rumah yang kami kunjungi,apa yang peliknya ialah apa yang telah ana sediakan,iaitu KFC Combo B…sedap sehingga menjilat jari..sebelumnya dalam siri tazkirah selepas maghrib ana selalu sebut pasal boikot barangan Yahudi laknatullah…tapi dalam bab KFC ni ana surrender…cakap tak serupa bikin…astaghfirullahhulazim

10 Oktober 2009

Pagar rumah


1-Mulakan dengan Fatihah dan selawat. 2-Sediakan 4 batang duri sepanjang sejengkal.3-sediakan 4 batang kayu sebagai penanda atau penunggul,pacak di setiap empat penjuru rumah.5- baca surah Al-ikhlas sebanyak 7 kali,7 kali pusing dari satu penanda ke penanda yang seterusnya.seboleh-bolehnya dilakukan sebanyak 7 petang (semasa membaca ayat tu jangan sesekali melihat ke bumi).
Pantang larang:
1-Tidak boleh membaling atau menyeret sesuatu dari luar ke dalam kawasan yang dipagar.
2-kalau ada anak dara dalam rumah,jangan pagar,nanti orang tak nampak dia ..andartu le jawabnya...kesian

09 Oktober 2009

Petua sembelih lembu


petua sembelih lembu supaya lembu cepat mati,dagingnya tidak keras dan tidak berbau lembu Semasa memakannya.:1-gunakan pisau yang tertentu sahaja.2-lembu dan penyembelih mesti dalam keadaan tenang.3.sapu darah lembu yang melekat di mata pisau tu di leher atau badan lembu.4-tarik telinga lembu ke lehernya,tempat sembelih adalah di hujung telinga lembu tersebut.5-potong keliling leher lembu biar sampai terputus semua urat-urat yang ada di lehernya.
( Hari raya korban 2007 di Kelantan,lembu yang telah ana sembelih boleh bangun berdiri dan melompat-lompat..semua orang yang ada di situ ketawa berdekah-dekah..hari raya korban 2008 di Melaka,lembu yang telah ana sembelih tak nak mati,lama masa menunggu untuk melapah kulitnya) setelah dua peristiwa ni baru le ana belajau sikit-sikit cara menyembelih lembu..wassalam

08 Oktober 2009

Berdosa meniup lilin hari jadi


orang kafir kristian meniup matikan setiap batang nyalaan lilin di atas kek hari jadi mereka adalah sebagai tanda mereka akan membunuh atau menkristiankan seorang islam,bilangan lilin bagi mereka bukanlah menandakan bilangan umur.sebaliknya bilangan nyawa dan akidah kita.dalam majlis hari jadi kita nanti,biarkan lilin tu menyala sampai habis dan mati sendiri,

Kehebatan kuasa minda



pada suatu malam sebelum tidur ana terlentang di atas katil sambil memikirkan apakah yang sepatutnya kawan ana (Mohamad Yanus) lakukan dalam hidupnya,ana rasa dia patut menjadi pengerusi surau,menjadi imam suraunya dan belajar serta mengajar agama di suraunya.keesokan harinya ketika ana bertemunya di tempat kerja ana baru mula sedikit sahaja bercerita kepadanya tentang apa yang telah ana fikir malam tadi,baru dua-tiga patah ana cakap...tiba-tiba dia kata:Engkau ni memang wali lah ..itulah yang aku rasa malam tadi..astaghfirullahulazim.
[Nilai moral: ana tak tahu nak cakap apa...yang pastinya ana ni wali putar alam dan suatu hari nanti pasti ana akan jadi wali nikah sebab ana ada 3 orang puteri]

07 Oktober 2009

Salad herba daun kadok.




Bahan-bahan
1-beberapa helai daun kadok. 2-2biji isi limau nipis. 3-manisan /gula melaka. 4-cili api yang dipotong halus. 5 bawang besar yang dipotong halus.6-kacang goreng ditumbuk halus.7-yang lain-lain tambah sendiri bahan-bahan lain ikut citarasa anda
Cara penyediaan:
campur semua bahan tu di atas daun kadok,masukkan ke dalam mulut,kunyah-kunyah,telan...sedap
khasiat daun kadok:
merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau. Kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah merebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih. Bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit, ambil air rebusan tersebut dan minumlah perlahan-lahan.Tetapi bagi merawat cacing dalam perut, dengan mengambil beberapa helai daun kaduk yang segar. daun-daun tersebut diramas-ramas setelah itu, dicampurkan dengan air. Kemudian, siramkan air itu keseluruh badan. Bagi batuk pula caranya ialah ambil beberapa helai daun kaduk – kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat dan setelah itu, ambil daun yang telah dikisarkan untuk disapukan pada leher. Sama juga untuk merawat penyakit panau. Ambil beberapa helai daunnya untuk ditumbuk sehingga lumat. Kemudian pupukkannya pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut.

06 Oktober 2009


Peristiwa ini berlaku semasa ana di zaman kanak-kanak dahulu,zaman tu hiburan tak sehebat hari ini ,TV belum popular seperti sekarang,yang ada cuma wayang kulit,wayang gambar pacak,dikir barat. satu malam ketika persembahan wayang kulit diadakan di kampung bersebelahan dengan kampung ana,kami sekumpulan kanak-kanak telah pergi untuk menonton wayang kulit tu,masalahnya kita orang tak de duit,lalu kita orang meneyelinap masuk ke dalam panggung tu dengan pelbagai cara,semua yang lain lepas kecuali ana seorang je yang telah dikejar oleh penjaga pintu panggung tu sehingga ke depan pentas,ana telah ditangkap tetapi dilepaskan semula kerana pengjaga panggung tu adalah guru silat ana,abang man namanya...masa tu tak malupun..masih budak-budak

05 Oktober 2009

Ustaz itu kerja bodoh..



satu malam ketika ana dan ahli jemaah sedang makan-makan selepas siri kuliah ana di surau purnama hijau kg sungai tuang masjid tanah melaka,ana berborak le dengan murid-murid tua ana tu pasal hobi santai ana,iaitu ana selalu memancing ikan di sekitar pantai Teluk Gong,Kuala Linggi dan Tanjung Bidara,tiba-tiba berkatalah salah seorang murid tua ana tu, ustaaazz sebenarnya memancing cam tu kerja bodoh,banyak kerja lain yang lebih berfaedah yang boleh kita buat....aduuuh pedihnya...ana telah terkena pukulan maut....sejak daripada tu ana terus bersara dari hobi memancing main-main membazir masa sekitar pantai tu (Alhamdulillah...ade je orang yang berani menegur ana..)GAMBAR PELIK TU orang sri Langka tengah memancing

04 Oktober 2009



Amalkan membaca Bismillah dalam semua tindakan anda...haram membaca bismillah untuk menghisap rokok...makan rokok tanpa bismillah syaitan..sedut asap rokok jin...entah le.. kata nabil lu fikir le sendiri.

Awas sumpahan binatang



kaki pancing tolong ambil perhatian.
cuba sangkut mata pancing kat mulut kamu,dan suruhlah salah seorang kawan kamu tarik-tarik main-main seronok-seronok..apakah yang akan kamu rasa..hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya mulut kamu tu...itulah yang sebahagian daripada kita telah lakukan terhadap makhluk Allah yang bernama ikan...akibatnya ikan itu telah berdoa kepada Allah,maka berlakulah balasan kepada kita atau anak-anak kita...contoh balasan Allah:
1.bapa saudara ana semasa kecil mulutnya semacam mulut labi-labi ..semasa dia dalam kandungan atok ana mancing ikan tapi terkena labi-labi [sekarang mulutnya dah elok]
2.anak saudara ana mulutnya sumbing..kerana semasa dia dalam kandungan ,ayahnya selalu pergi memancing ikan.[sekarang mulutnya masih cam tu..tak de duit nak buat pembedahan..kesian]
( Hadis no 2358 Sahih Bukhari : Doa orang (makhluk) yang dizalimi tiada hijab )

03 Oktober 2009



Hadis Syu’bi dari Ibnu Umar katanya: Sesungguhnya sahabat Nabi Muhammad SAW memakan Dhab, salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW memanggil mereka dan menjamu Dhab, dan Nabi Muhammad SAW berkata: “makanlah, (Dhab) ini bukan makananku..” (Dikeluarkan oleh Muslim)
( semasa belajar kat mesir dahulu..dua hari ana dan kawan-kawan makan sop biawak dhab tu...rasanya memang hanyir...geli...kesannya...ntah..sebab masa tu ana belum kahwin. he he he gitu le ceritanya....semasa balik dari mesir tu ana bawa balik 6 ekor biawak dhab tu..ana proses buat pil dan minyak..ana klentong habis semasa jual kat orang kampung...astaghfirullahhulazim


Hukum Memakan Dubuk
Ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum memakan dubuk kepada dua pendapat:
1. Harus memakan dubuk bagi pendapat Imam Syafie, Hanabilah, Zohiriyyah dan jumhur fuqaha’.
Pendapat ini berdasarkan kepada hadis Abdul Rahman Bin Abi Umar. Beliau telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a berkenaan dubuk. Katanya: Adakah engkau makan? Berkata Jabir: Ya. Kata Abdul Rahman: Adakah engkau memburunya? Kata Jabir: Ya. Beliau berkata: Adakah engkau mendengarnya dari Rasulullah SAW? Kata Jabir: Ya. (Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya)
2.Tidak boleh makan dubuk bagi mazhab Abi Hanafiah, Abi Yusof Muhammad Ibn Hassan dan pendapat mahsyur dari Imam Malik.
Ini berdasarkan hujjah umum dari kata-kata baginda SAW: “Memakan setiap binatang bertaring daripada binatang buas adalah haram.” Dan Dubuk ini adalah haiwan buas

02 Oktober 2009

Borak santai Syaitan dgn Firaun



Firaun :tan tan antara kau dan aku siapakah lebih jahat?
Syaitan :engkau la unn..engkau berani mengaku sebagai tuhan,,aku tidak.
Firaun :tan tan engkau tahu tak kenapa aku jahat?
Syaitan :ntah
Firaun :aku jahat pasal tak de sorang pun berani menegur kesalahanku.
[dailog dua malaun tu ana dengar dlm kaset ceramah Dato Ismail kamus]



Pada tahun 2000 yang lalu ana telah bermimpi melihat seorang kawan ana yang sedang berniaga kedai makan,jualannya cukup laris..tetapi bila ana melihat ke bahagian dapur kedainya,,ana dapati suaminya sedang membelah perut seekor BABI...itu mimpi je...sejak dari itu ana sentisa berfikir apakah kesalahannya sehinggakan begitu sekali Tuhan tunjukkan kepada ana..rupa-rupanya pada tahun yang berikutnya...ana dapati dia menjual makanan kepada orang islam yang tak berpuasa di siang hari bulan ramadhan..astaghfirullahuazim..
((tolong jangan tafsir yang bukan-bukan..ana ikhlas sekadar renungan..itu je))

;;