19 November 2011

KLANG, 19 Nov ― Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan keputusan mahu menganugerahkan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet.
“Saya boleh sahkan bahawa NFC (sebenarnya) terletak di bawah Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dan ketika pinjaman diluluskan kepada NFC, ia bukan di bawah Kabinet, tidak (disebutkan) dalam mesyuarat (Kabinet),” kata beliau kepada pemberita di sini.
Noh, bagaaimanapun enggan menyebut nama pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menghalusi perkara berkenaan.[Di sini]

0 Comments:

Post a Comment