22 November 2011

KUALA LUMPUR, 21 Nov- Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diminta untuk mempertimbangkan penghijrahannya dalam pelaksanaan Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air oleh kerajaan persekutuan, kata Persatuan Air Malaysia (MWA).Pengarah MWA, Ahmad Zahdi Jamil berkata AKSB merupakan salah satu syarikat air yang sedang menghadapi masalah bukan sahaja dari segi pengurusan malahan kedudukan kewangan juga."Salah satu punca kewangan yang lemah adalah disebabkan pendapatan yang tidak seberapa kerana tarif air yang terlalu rendah dan terlalu lama tidak dinaikkan."Untuk sesuatu syarikat menjadi mapan dan berdaya saing, pendapatannya mesti melebihi kos operasi. Jikalau kos operasi terlalu tiggi, ia perlu ditanggung oleh kerajaan negeri tersebut," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian kongres dan pameran pembangunan kedua Persatuan Air Antarabangsa (IWA) di sini hari Isnin.



Ia dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Sementara itu Ahmad Zahdi berkata dengan penghijrahan, MWA merasakan pengurusan AKSB akan diperkemaskan dan akan diperbaiki, malah ia akan memberi faedah bukan sahaja kepada syarikat malahan turut memberi faedah kepada rakyat negeri Kelantan.Sehingga kini Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis dan Pulau Pinang sudah memuktamadkan Perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air.Mengulas kenyataan pengurus besar AKSB berhubung kandungan logam di dalam air, Ahmad berkata: "Sebagai syarikat air, mereka (AKSB) perlu menjelaskannya dengan tidak menakut-nakutkan pelanggan. Masa buat kenyataan, kenalah berhati-hati agar tidak disalah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu."Dianjurkan bersama IWA dan MWA, kongres dan pameran tersebut berjaya menarik hampir 600 delegasi dari seluruh dunia.[sumber]

0 Comments:

Post a Comment