19 November 2011

SAN FRANCISCO: Serangan siber yang dilancarkan di luar Amerika Syarikat melumpuhkan sistem air awam di daerah Illinois,iaitu infrastuktur sistem kawalan air.Rakan Pengurusan Applied Control Solutions, Joseph Weiss, berkata ia adalah kes pertama dilancarkan dari luar (AS) terhadap infrastuktur utama sehingga menyebabkan kerosakan."Ia menjadi isu besar apabila mereka boleh melakukan apa saja selepas dikesan sudah berjaya mengakses stesen utama," katanya.Rangkaian kami yang dicerobohi mula dikesan, katanya, apabila penggodam memusnahkan pam sistem air di pusat berkenaan.- AFP

0 Comments:

Post a Comment