15 Januari 2024

Bisnes Dengan Allah SWT

 




07 Januari 2024

Soalan

Seorang penanya berkata: Saya mengamati fatwa-fatwa yang membenarkan pelbagai transaksi dengan bank. Salah seorang kawan saya memberitahu saya bahawa mereka yang mengatakan harus berurusan dengan bank sedang membenarkan transaksi bank dengan cara talfiq adalah haram antara mazhab fiqh. Sila jelaskan sejauh manakah kenyataan ini benar?


Jawapan

Pendapat yang mengatakan bahawa pihak yang cuba mentashihkan transaksi muamalah  di bank  hari ini dengan mencari pelbagai jalan keluar daripadanya merupakan talfiq antara mazhab dan ia adalah haram.

Jawapan: Kedua-dua isu itu adalah isu yang berasingan, dan sesunggunya Dar Ifta’ Mesir telah menetapkan metodologi dalam berfatwa bahawa:

أن للمفتي التلفيق في الفتوى بحسب ما يراه محقِّقًا لمقاصد التشريع وملبِّيًا لحاجات المكلفين  

Mufti berhak untuk bertalfiq dalam berfatwa mengikut apa yang dilihatnya sebagai mencapai tujuan syar’i dan memenuhi keperluan orang ramai”. 

Dalam hal ini, harus bagi orang ramai untuk bermuamalah dengan  ketetapan yang ditetapkan oleh seorang mufti sekalipun dengan cara bertalfiq.

Tidak dinafikan bahawa pandangan yang mengatakan bahawa tidak syar’inya bertalfiq  adalah tidak tepat  dan tidak sesuai dengan kemudahan dan kesyumulan undang-undang Syariah, kerana sesuatu perkara itu boleh ditajdid dalam apa  isu sekalipun, walaupun dengan tajdid itu ia akan menimbulkan kesan dan hukum yang baru. Oleh itu, ijtihad para fuqaha salaf dan fokus mereka kepada pandangan  tertentu daripada pelbagai pendapat. Ianya tidak mengikat kita supaya hanya fukus pada salah satu daripada pendapat mereka itu. Malah dengan tidak terikat pada pandangan meraka itu ia mungkin merupakan penyelesaian yang ideal dalam menghadapi sesuatu isu. Mufti berhak untuk memilih pelbagai kaedah dalam menghadapi perkembangan terkini dalam isu muamalah semasa, mereka bebas untuk mengambil lebih daripada satu mazhab dengan menjaga pelbagai syarat dan kaedah fiqh supaya  fatwa meraka akan  selari dengan tujuan dan sifat undang-undang Syariah.

baca fatwa penuh Dar Al-Ifta' Mesir


;;