14 November 2011

KUALA TERENGGANU 14 Nov. – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat. Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira pukul 3.35 petang.
"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan,” kata Wan Ahmad Nizam kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Katanya, pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.
Sebelum ini, Ahmad berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat. – Bernama

0 Comments:

Post a Comment