01 November 2011

Penyamun samun pegawai polis

KUANTAN - Seorang pegawai polis berpangkat supritendan kerugian sebuah kereta dan wang tunai serta barangan lain selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di Beserah di sini semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu suspek yang berumur lingkungan 28 hingga 35 tahun itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa di Taman Mewah Seri Bayu dengan bersenjatakan parang dan besi pencungkil pintu.
"Mangsa, 56, dan isterinya, 53 tahun diacukan dengan parang dan besi kuku kambing dan kemudiannya diikat kaki dan tangan di kepala katil dengan mulut dan mata mereka turut ditutup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, suspek menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan sebuah kereta Toyota Harrier serta telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai RM1,700.
"Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM90,000,” katanya.
Haris berkata, mangsa yang merupakan anggota misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan, baru pulang daripada bercuti pada Jumaat lepas. - Bernama

0 Comments:

Post a Comment