23 Julai 2011

OSLO 23 Julai – Satu letupan kuat menggegarkan bangunan media dan kerajaan di ibu negara Norway semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala dua lagi parah serta kerosakan teruk, kata pihak polis.
“Kami dapat mengesahkan bahawa tujuh orang mati dan dua lagi cedera parah,” kata jurucakap polis kepada pemberita dalam satu taklimat di Oslo.
Siaran televisyen Norway menunjukkan pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg dan beberapa bangunan lain mengalami kerosakan teruk dengan kaca bertaburan di atas jalan dan kepulan asap dilihat menjulang tinggi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, Stoltenberg dipercayai tiada pejabatnya ketika letupan berlaku.
Sementara itu, polis Norway percaya letupan di tengah Oslo itu ada kaitan dengan kejadian tembakan di sebuah pulau berhampiran ibu negara itu, lapor agensi berita NTB.
Bagaimanapun sumber polis tidak dapat mengesahkan kematian dalam kejadian tembakan ketika pesta buruh di sebuah kem remaja di Utoeya kira-kira 30 kilometer ke barat laut Oslo. - AFP/Reuters[baca lagi]

0 Comments:

Post a Comment