23 Julai 2011

Bacaan Santai: Lelaki kacak lebih perkasa

PENNSYLVANIA: Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih ‘cepat’ dan ‘kerap mencapai kepuasan ketika berasmara.’

Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan wanita mahu berasmara untuk hamil.

Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya.
Responden lelaki diukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita.

Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding pasangan yang kurang kacak.

Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih mencapai kepuasan lebih kerap ketika atau selepas ejakulasi lelaki.

Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka.
“Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki maskulin,” kata penulis dalam kajian yang disiarkan jurnal Evolution and Human Behaviour. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment