11 Julai 2011

KOTA BAHARU, 11 Julai (Bernama) -- Kadar jenayah di Kelantan bagi tempoh Januari hingga semalam menurun 11 peratus atau 402 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Tahun lepas, sebanyak 3,658 keseluruhan kes (untuk tempoh sama) dilaporkan dan tahun ini sehingga semalam ada sebanyak 3,256 kes, menurun 402 kes," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini Isnin, sempena majlis pertukaran beliau.

Rahim akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan bermula 16 Julai ini.

Abdul Rahim berkata kejadian jenayah kekerasan menurun 14 kes setakat ini kepada 450 kes berbanding 464 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata jenayah harta benda menurun 388 kes daripada 3,194 kes tahun lepas kepada 2,806 kes tahun ini.

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment