14 Julai 2011

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini mengumumkan ia akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini.

Bagaimanapun, ia sedang mengkaji bidang rujukan siasatan tersebut yang akan diumumkan kemudian.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee mengumumkan demikian selepas menerima memorandum dari peserta perhimpunan BERSIH yang diketuai ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Marina Chin Abdullah.Sumber[malaysiakini.]

0 Comments:

Post a Comment