05 Julai 2011

KUALA TERENGGANU: 2011/07/05 Pasangan kembar berusia tiga tahun tiga bulan ditemui mati berpelukan dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Durian Mas, Manir di sini, pagi tadi.

Dalam kebakaran jam 9.18 pagi itu, mangsa Norfatin Fazanah Hamid dan Norfatin Fazana ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah itu dipercayai terperangkap.
Ketika kejadian, bapa mangsa Hamid Mustapa, 44, yang dipercayai kurang sihat sedang tidur di ruang tamu tetapi api yang marak tiba-tiba menyebabkannya gagal menyelamatkan pasangan kembar bongsu daripada tujuh beradik, manakala ibu mereka sedang bekerja di sebuah sekolah agama berhampiran.[BH]

0 Comments:

Post a Comment