28 September 2011

Ulasan Najib Mengenai Kuota Bumiputera

KUALA LUMPUR, 28 Sept (bernama.) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau," kata Perdana Menteri dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011 di sini. Selasa.

Beliau berkata kuota menghindarI keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka.

Najib khuatir "sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan."

Beliau berkata satu kritikan masa lalu yang beliau hadapi mengenai sistem kuota ialah orang yang patut tidak dipromosi. Tindakan afirmatif kini perlu berfasarkan meritokrasi.

"Jadi, anda perlu menggalakkan calon Bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan Bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya.

Najib juga memuji Unit Peneraju Agenda Bumiputera di Jabatan Perdana Menteri yang telah mengenal pasti lebih 1,000 syarikat yang akan dibantu bagi berkembang.


Perdana Menteri juga berkata Kabinet akan membuat keputusan esok mengenai garis masa cadangan pindaan kepada undang-undang media cetak dan keselamatan untuk meningkatkan kebebasan awam dan menjadikan Malaysia lebih moden dan vibran demokrasinya.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Sambil menegaskan kerajaan adalah serius dalam melakukan pembaharuan, Perdana Menteri berkata: "Sesi Parlimen akan datang, kamu akan menyaksikan perundangan atau tindakan baru."

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment