29 April 2011


KUALA LUMPUR 29 April - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi) membenarkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini selepas solat Jumaat hari ini.
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.
Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.
''Dia hendak bersumpah boleh di mana-mana, di tengah jalan pun boleh, sama seperti orang hendak datang bersolat di masjid, kita tidak halang.
''Jadi kita tidak halang kalau ahli perniagaan itu hendak buat sumpah laknat di premis di bawah pentadbiran Jawi tetapi, jangan kaitankan dengan Jawi kerana kita tidak terlibat langsung, '' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Shazryl Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut. - Utusan

0 Comments:

Post a Comment