10 April 2011

Gaddafi dikatakan anak haram Yahudi

SEORANG pemberontakan  menarik gambar Gaddafi di jalan raya  Bin Jawad.
SEORANG pemberontakan menarik gambar Gaddafi di jalan raya Bin Jawad.
Presiden Libya didakwa anak luar nikah, bukan berketurunan Badwi

TRIPOLI: Ketika tentera pemberontak dan pasukan yang setia dengan Muammar Gaddafi masih meneruskan pertempuran, misteri latar belakang pemimpin yang sekian lama menjadi teka-teki itu, kini dibincangkan semula.
Berita terbaru menyatakan bahawa Gaddafi sebenarnya berketurunan Yahudi dan dilahirkan sebagai anak luar nikah.
Masyarakat Arab Libya yang amat mementingkan keturunan, sering tertanya-tanya sama ada benar bahawa Gaddafi mewarisi ‘darah Yahudi’ di dalam tubuhnya.

Minggu lalu, isu ini dibincangkan secara terbuka apabila wartawan NBC, Richard Engel yang melaporkan dari Libya, berkata seorang daripada setiap lima pemberontak menentang Gaddafi kerana percaya beliau seorang Yahudi.

Laporan bercanggah mengenai kelahiran Gaddafi bermula sejak 1970, dua tahun selepas pemimpin itu melancarkan rampasan kuasa yang menjadikannya pemimpin Libya.
Kebanyakan penulis biografi Eropah menyatakan, Gaddafi dilahirkan di sebuah khemah di Sirte dan anak kepada sepasang suami pengembala kambing Badwi buta huruf yang miskin.
Wujud pelbagai versi mengenai latar belakang Gaddafi, satu daripadanya menyatakan ibu beliau memeluk agama Yahudi ketika berusia sembilan tahun, manakala desas desus menyatakan bahawa nenek Gaddafi pula adalah seorang Yahudi yang meninggalkan suaminya untuk berkahwin dengan lelaki Arab.

Satu lagi dakwaan yang disokong ahli sejarah Libya ialah Gaddafi dilahirkan sebagai anak luar nikah hasil hubungan antara seorang wanita Yahudi dengan askar Itali di sebuah kampung di timur Tripoli.

Berikutan kelahiran memalukan itu, Gaddafi diberikan kepada seorang paderi Katolik yang kemudian menyerahkannya kepada pasangan suami isteri gembala kambing berkenaan.

Seorang tokoh pembangkang Libya yang kini menetap di Amerika Syarikat, Mohamed Yusuf al Magariaf, 71, menjalankan penyelidikan masa silam Gaddafi bagi beberapa buah buku-nya percaya bahawa kebanyakan perkara yang diberitahu diktator itu mengenai dirinya kepada rakyat adalah dusta.

Dalam penyelidikan itu Magariaf menjejaki sepucuk surat yang dikatakan ditulis seorang paderi yang dipercayai menyerahkan Gaddafi kepada ibu bapanya yang keturunan Badwi.

Magariaf adalah seorang profesor di Universiti Benghazi pada 1971 apabila beliau menyertai kabinet Gaddafi dan kemudian dilantik sebagai duta ke India.
Pada 1980, beliau menjadi diplomat pertama memutuskan hubungan dengan Gaddafi dan menubukan Barisan Kebangsaan Bagi Menyelamatkan Libya.

Magariaf dijatuhi hukuman mati tanpa hadir dan terus diburu skuad Gaddafi di luar negara. Enam adik beradik lelaki beliau dipenjarakan di Libya tetapi dibebaskan kemudian. Adik lelaki yang ketujuh hilang di negara itu dan tidak pernah dikesan. Beliau dipercayai dipenjarakan atau sudah meninggal dunia.

Aktivis Libya di Amerika Mohamed El-Jahmi yang meninggalkan negaranya 30 tahun lalu, berkata khabar angin mengenai Gaddafi tersebar secara meluas di Libya dan banyak sebab untuk percaya bahawa ia adalah benar. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment