21 April 2011

Kaum India memang bijak dalam mengambil kesempatan terhadap bangsa Melayu dan 1Malaysia amnya. Disamping mempertikai novel Interlok dan kamus Dewan, mereka juga terus berusaha untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang kononnya lahir di ladang-ladang dan tidak bersurat beranak serta tidak berkad pengenalan....?? ulaslah sendiri

 

Kamus Dewan: MIC gesa Kementerian Pelajaran, DBP jaga sensitiviti kaum

Sumber [themalaysianinsider]
PUTRAJAYA, 21 April — MIC turut turun gelanggang debat mengenai isu Kamus Dewan dengan menggesa Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar mengambil kira sensitiviti kaum dalam menerbitkan buku panduan bahasa itu.
Timbalan presidennya Datuk Dr S. Subramaniam berkata kerajaan perlu mempertimbangkan sensitiviti kaum dalam setiap dasarnya sepanjang masa.
“Saya merasakan ini satu isu yang sukar. Kita perlu melihatnya dari perspektif komuniti (India) dan (juga) perspektif Kementerian Pelajaran dan cuba untuk menyelesaikan sebab dalam konteks rakyat Malaysia, sensitiviti kaum akan sentiasa wujud.
“Ia sesuatu yang perlu diambil pertimbangan dalam mana-mana polisi yang lazimnya kita lakukan dan dalam mana-mana sistem pembentukan negara ini,” katanya lagi.
Katanya, kerajaan mesti mempertimbangkan sensitiviti kaum yang berlainan dalam pendekatannya.
Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata kerajaan perlu melihat aspek ini agar Kementerian Pelajaran dan DBP akan melihat isu secara lebih holistik, bukannya dari segi bahasa malah “dari segi sensitiviti pelbagai kaum.”
Sabtu lalu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), pertubuhan mewakili penulis kaum India, mendakwa Kementerian Pelajaran menafikan hak bukan Melayu terhadap Bahasa Malaysia ekoran kenyataannya bahawa Kamus Dewan, terbitan DBP hanya milik orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan oleh kaum lain.
Presidennya Uthaya Sankar SB berkata, jawapan Kementerian Pelajaran berhubung isu semasa — dakwaan yang Kamus Dewan mempunyai banyak kata-kata menyinggung perasaan kaum India — ternyata cuba menafikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh bangsa Malaysia.
Sebaliknya (Kementerian Pelajaran) memaksa orang lain melihat serta menganggap Bahasa Malaysia (bahasa Melayu) sebagai milik kaum tertentu sahaja.
DBP terletak di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran.
“Jawapan dan pendirian seperti ini yang mewakili kerajaan Malaysia pasti menggagalkan usaha murni mengangkat martabat dan maruah Bahasa Malaysia, serta usaha membina Bangsa Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kamus Dewan semasa adalah edisi keempat, dipasarkan sejak 2005. Edisi pertama keluar pada 1970.
Isu terbaru ini muncul ketika kontroversi novel Interlok masih berlarutan meskipun Kementerian Pelajaran menegaksan ia sudah ditutup.
Bagaimanapun pertubuhan-pertubuhan penulis Melayu seperti Gapena dan Pena mempertahankan Kementerian Pelajaran dan DBP.

0 Comments:

Post a Comment