13 Jun 2011

Sumber [MK] Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

NONENga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu.

0 Comments:

Post a Comment