10 Jun 2011

Unta adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang penuh dengan pelbagai keajaiban, Allah SWT menyuruh kita melihat dan merenung kejadian unta supaya kita akan  menperolehi pelbagai manfaat daripadanya. Pemerintah Australia sepatutnya mengurangkan jumlah kenderaan di dalam negara mereka, kerana kenderaan lebih mencemarkan udara dan alam , lagipun kereta adalah makhluk yang tidak bernyawa, dengan itu membunuhnya tidak berdosa. agaknya mat saleh Australia ni lebih bodoh daripada unta.

SYDNEY: Australia menimbangkan untuk memberi anugerah kepada mereka yang membunuh unta sebagai cara menangani perubahan cuaca.
Cadangan itu termasuk dalam Inisiatif Peladangan Karbon, kertas kerja oleh Jabatan Perubahan Cuaca dan Kecekapan Tenaga.

Syarikat komersial berpangkalan di Adelaide, Northwest Carbon, mencadangkan membunuh 1.2 juta unta liar, warisan pengembala yang diperkenalkan bagi membantu penduduk pada kurun ke-19. Dianggap sebagai ancaman ekoran kerosakan dilakukan haiwan itu terhadap tanaman, unta secara purata mengeluarkan metana yang jumlahnya sama seperti satu tan karbon dioksida setahun, menjadikannya satu daripada pengeluar gas rumah hijau utama di Australia. -

0 Comments:

Post a Comment