21 Mac 2011

 

Dr. Mashitah dilantik semula jadi Ahli Dewan Negara

utusan : 21/03/2011 2:41pm

KUALA LUMPUR 21 Mac — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ketika mengalu-alukan pelantikan semula Dr Mashitah itu, Abu Zahar berharap beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan menunjukkan prestasi yang baik dan berkredibiliti dalam memantap dan memasyarakatkan Dewan yang mulia.
Abu Zahar juga mengingatkan semua ahli Dewan Negara supaya tidak terlalu beremosi ketika berada di dalam dewan yang boleh merosakkan nilai dan pengaruh Dewan Negara.
Upacara mengangkat sumpah itu turut disaksikan 19 Ahli Dewan Negara antaranya ialah Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusoff dan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal. — Bernama

0 Comments:

Post a Comment