11 Mac 2011

Surah An Nahl ayat 73. ( dan mereka menyembah benda-benda Yang lain dari Allah, Yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat Kuasa itu.)

Berkali-kali Allah SWT menyebutkan bahawa "pintu razeki di langit", Jadi jika kamu ingin kaya, maka buatlah "perniagaan langit " InsyaAllah kamu akan berjaya mengumpul dunia seperti si Kafir di bawah tu [sila cari dan dengar ceramah Ustaz Kazim Alias pasal razeki dari langit]


CARLOS SLIM (RM224.7b)



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes kelmarin.
Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).
Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).
Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).
Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.
Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.
Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China
Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di tempat ke-52 dengan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$13.5 bilion (RM40.9 bilion).
Sementara itu, seramai sembilan bilionair dari Malaysia turut berada dalam senarai Forbes kali ini diketuai oleh raja gula, Robert Kuok, 87, dengan kekayaan AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion).
Jumlah itu menyaksikan beliau berada pada kedudukan ke-61 sekali gus mengatasi pengasas Apple, Steve Jobs yang memiliki aset AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion) untuk menduduki tempat ke-110 senarai yang sama.
Taikun telekomunikasi tempatan, Ananda Krishnan, menduduki tempat ke-93 senarai Forbes dengan kekayaan AS$9.5 bilion (RM28.8 bilion) manakala bilionair sektor perladangan, Lee Shin Cheng yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM15.1 bilion) berada di tempat ke-208.
Lain-lain bilionair Malaysia yang menduduki senarai Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chen menduduki senarai ke-219 dengan kekayaan AS$4.8 (RM14.5 bilion).
Bilionair Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow menduduki tempat ke- 229 dengan kekayaan AS$4.7 bilion (RM14.2 bilion).
Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga berada di tempat ke-420 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) manakala Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tempat ke-459 dengan kekayaan AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion).
Bilionair Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan menduduki tempat ke-993 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion). - Agensi

0 Comments:

Post a Comment