22 Mac 2011


SALAH satu daripada tiga buah pesawat kalis radar B-2 Spirit tiba di pangkalan udara Whiteman di Missouri setelah menyelesaikan operasi di Libya.


1-40 maut dalam serangan yang dilakukan rejim Gaddafi

22/03/2011 2:41am

BENGHAZI 22 Mac - Seramai 40 maut manakala 300 lagi cedera selepas pasukan rejim Gaddafi melepas tembakan di bandar Misrata sebelah utara Tripoli, semalam.
Kejadian tersebut berlaku apabila orang ramai keluar ke bandar tersebut bagi menghalang pasukan rejim Gaddafi memasuki kawasan mereka.
“Pasukan tentera terus melepaskan tembakan hingga membunuh beberapa orang,” kata seorang penduduk, Saadoun kepada Rueters. - Reuters

ustazcyber: Disaat Libya di serang bertalu-talu tentera bersekutu, adalah mustahil untuk Gaddafi membunuh rakyatnya sendiri

2-Pendedahan aksi seks pemimpin pembangkang

KUALA LUMPUR - (kosmo) Satu kumpulan lelaki yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur warga asing di sebuah hotel di sini.
Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini bagi pengecaman.
Video yang berdurasi selama 22 minit itu dirakamkan pada pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam pada 21 Februari lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik hotel yang turut menawarkan perkhidmatan urutan spa.
Rakaman hitam putih itu jelas menunjukkan wajah pemimpin politik itu yang melakukan aksi seks pelbagai posisi bersama wanita berkulit cerah yang rambutnya diikat.
Bagi meyakinkan perkara itu, Datuk T mempertontonkan video tersebut kepada kira-kira 10 wartawan di sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di sini semalam.
Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.
* (malas nak komen..nanti dapat dosa kering je)

0 Comments:

Post a Comment