10 Mac 2011


Sumber [Malaysiakini] Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama semalam yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

nasharuddin mat isa parliament pc 160609Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagisemalam, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya kepada Harakahdaily.

NONESehubungan itu, beliau yang juga ahli parlimen Bachok melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Semalam, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

0 Comments:

Post a Comment