16 Julai 2012

PUTRAJAYA, 16 Julai -- Seorang wanita berusia 28 tahun pada Isnin didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang, di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas. Muhdalena Ahmad, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan. Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.
Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.[sumber: bernama]

0 Comments:

Post a Comment