07 Julai 2012

SHAH ALAM [sini] - Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda lebih RM2.2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah, tiga tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Mohan, 39, yang kini digantung tugas, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ini merupakan hukuman paling berat pernah dikenakan terhadap kakitangan SPRM yang terbabit dalam kes rasuah setakat ini.
Lelaki itu juga merupakan tertuduh pertama yang didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang berkuat kuasa pada 2009 bagi menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

0 Comments:

Post a Comment