31 Julai 2012

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Naib Presiden PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bahawa PAS sentiasa “bersetuju untuk tidak bersetuju: dengan DAP berkenaan isu hudud.
Katanya, memang jelas terdapat perbezaan antara PAS dan DAP, namun segala perbezaan itu tidak boleh dilihat semata-mata tetapi persamaan seperti mahu membanteras rasuah, menuntut keadilan dan hak asasi manusia harus juga untuk dilihat.
“Apa yang penting bagi PAS dan DAP adalah kedua-duanya saling memahami dengan proses demokrasi,” kata Mustafa.
Katanya, UMNO sebenarnya yang tidak ikhlas dalam isu hudud dan hanya mahu menjadikan ia satu mainan politik.
“Contohnya dalam Terengganu ada enakmen hudud, tetapi kini Terengganu diperintah Barisan Nasional (BN), kenapa mereka tak laksanakan,” kata Mustafa lagi.[sini]

0 Comments:

Post a Comment