10 Februari 2011

 Al Kaafirun ayat 1-6
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

"Ridha bimaksiatin maksiatun"

Hari Valentine: Gerakan, DAP tolak kempen PAS [Malaysiakini]
Rancangan PAS untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine hari ini menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat.

NONEMalah, ia turut menerima kritikan daripada parti Gerakan berhubung 'kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas' yang akan dijalankan pada hari berkenaan.
Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata, beliau kesal dengan kenyataan ketua pemuda PAS Nasruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Nasrudin sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama di negeri berkenaan akan menjalankan pemeriksaan pada Hari Valentine bagi menghentikan perlakuan yang mengundang dosa seperti seks bebas.
Metro Tabernacle Church nasruddin hassan chua jui mengMengulas lanjut, Tan berkata kenyataan Nasruddin (berserban) itu seolah-olah menandakan Hari Valentine dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral dan penuh dosa.

Tambahnya, pemuda PAS perlu memahami sambutan Hari Valentine dengan fikiran terbuka dan bukannya membuat kesimpulan berdasarkan "pemikiran sempit."
Tutup mulut

"Kenyataan terbaru daripada PAS jelas menunjukkan usaha seterusnya daripada PAS (dengan sokongan rakan dalam Pakatan) untuk mewujudkan versi ekstrem negara Islam mereka di Malaysia," kata Tan lagi dalam satu kenyataan.

NONEDalam pada itu, Nasruddin yang bakal merasmikan kempen berkenaan, hujung minggu ini, turut diminta supaya "menutup mulut" berhubung program berkenaan.

Gesaan itu disuarakan ADUN Sungai Pinang Teng Chang Khim melalui laman blog mikro Twitter, yang turut menulis bahawa pertentangan pendapat seperti itu tetap dilakukan secara terbuka dalam Pakatan.

"Secara bijak atau tidak bijak, setidak-tidaknya kita bertentangan pendapat secara terbuka dalam Pakatan. Secara bodoh atau dengan takut, Gerakan, MCA, MIC (dan sebagainya) perlu tunduk kepada Umno," katanya lagi.
Bukan dasar Pakatan

NONESementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.

Lim berkata demikian melalui tulisannya di laman Twitter ketika menjawab gesaan daripada seorang lagi pengguna laman blog mikro itu supaya DAP menyatakan pendirian berhubung kempen PAS tersebut.
Pelancaran kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas itu akan dirasmikan Nasruddin hujung minggu ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali pula mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari Valentine.

NONE“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

“Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment