14 Februari 2011

PAS dan PKR berebut kerusi

  


Sumber [Malaysiakini] PKR kini menghadapi rundingan sukar dengan rakannya PAS apabila kedua-dua parti kini mengintai kerusi yang sama dalam pillihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Tanpa menamakan kawasan terlibat, Timbalan Presiden PKR Ali berkata, ia melibatkan kawasan tanpa majoriti sesuatu kaum atau dengan kata lain dirujuk sebagai "kawasan bercampur".

pkr congress pc 271110  azmin"Tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin (kiri) pagi ini.

PAS secara tradisionalnya menikmati sokongan daripada masyarakat Melayu tetapi pilihan raya demi pilihan raya kecil baru-baru ini membuktikan bahawa perkara itu kini menjadi cabaran untuk gabungan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, dalam pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, calonnya Normala Sudirman tewas apabila 83.3 peratus sokongan Melayu pergi kepada BN.

Sebagai parti yang lebih tua dan lebih tersusun daripada PKR, PAS dijangka menyandarkan kepada kekuatan jenteranya di peringkat kawasan untuk berunding bagi pembahagian kerusi.

0 Comments:

Post a Comment