20 Mac 2010


1-Melihat kemaluan isteri mewarisi sifat buta
 Ibnu Adiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
اذا جامع أحدكم زوجته أو جاريته فلا ينظر الى فرجها فاءنّ ذلك يورث العمى - موضوع 
 Ertinya : Apabila seseorang kamu menyetubuhi isterinya atau jariahnya maka jangan ia melihat kepada kemaluannya kerana yang demikian itu mewarisi sifat buta matanya.(Hadis ini Maudhu)

2-Nabi berselubung semasa bersetubuh dengan isteri beliau 
Abu asy-Syeikh meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw berkata:

ما اتى رسول الله صلّى الله عليه وسلّم أحد من نسائه الاّ متقنعا يرخى الثوب على رأسه وما رايته من رسول الله صلّى الله عليه وسلّم ولا راه منّى -موضوع
Ertinya : Rasulullah saw tidak mengadakan persetubuhan dengan seseorang isterinya melainkan dengan berselubung, beliau melabuhkan kain atas kepalanya, dan aku tidaklah melihat kemaluan rasulullah saw dan beliaupun tidak melihat kemaluanku.(Maudhu) 

* Kedua-dua hadis Maudhu dan palsu di atas selalu kita dengar ianya disampaikan oleh para penceramah agama di dalam negara kita.


19 Mac 2010


1-Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar.
2-Merasa seronok dengan pekerjaannya. 

3-Tugasan tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik.

4-Pekerjaannya disenangi oleh orang lain.

5-Sentiasa merasa cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sedikit sedikit.
6-Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi.


Contoh pekerjaan yang mungkin kurang diberkati Allah
Nama :                              Ahmad bin Abu
Pekerjaan:                        Guru( Ustaz)
Pendapatan/Gaji  pokok :                             RM 4500.00
Simpanan Tabung Haji                                  RM   300.00
Perbelanjaan wajib diri dan keluarga           RM 2000.00
Hutang rumah                                                RM   956.00
Hutang 2 kereta                                            RM 1500.00

                                     Baki wang                RM   -256.00  

Ahmad bin Abu adalah tergolong dalam golongan Al-Gharimin (orang yang berhutang) yang layak untuk mendapat zakat atau bantuan dari Baitumal .       

17 Mac 2010

Kenali yang direka-reka

Sila rujuk kitab Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' Susunan DRS Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris Jilid 1


 1
الأيمان يزيد وينقص -موضوع
Iman itu bertambah dan berkurang
 2
حبّ الوطن من الأيمان -موضوع
Cintakan tanah air sebahagian daripada iman
 3
من عرف نفسه فقد عرف ربّه - موضوع
Sesiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.
 4
رأس الدين الورع -موضوع
Tunggak agama adalah warak.

(Banyak lagi himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu dalam pelbagai bab dan tajuk, pendedahan ringkas ini hanyalah sebagai permulaannya sahaja-Kita wajib mengenali hadis Dhaif dan  Maudhu' kemudian meninggalkannya dalam kehidupan kita seharian)  

14 Mac 2010

Tukang cerita

Faktor-faktor tersebarnya hadis palsu dalam masyarakat islam:
1-Faktor politik
2-Ashabiah
3-Fanatik Mazhab
4-Golongan Zindiq dan munafiq
5-Ahli-ahli Bid'ah
6-Golongan sufi yang keliru dan sesat
7-Ulama' As-Su'
8-Tukang-tukang cerita
9-Orang yang mencari razeki
10-Orang yang mencari nama



 ( Ustaz Budak- myceramah.com-hanya gambar hiasan tiada kena mengena dengan tajuk ini )


Tukang cerita
Pendongen dan penglipu lara banyak mencipta hadis-hadis palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang.
Diriwayatkan ,Bahawa Imam Ahmad dan Ibnu Ma'in bersolat di dalam masjid Rasafah. Setelah selesai solat bangunlah tukang cerita di tengah-tengah orang ramai lalu bercerita : 
"Kami diberitakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in yang berkata : Kami diberitakan oleh Abdur Razaq dari Ma'mar dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah saw bersabda: " Sesiapa yang mengucapkan 'La ilaha ilallah' nescaya Allah menjadikan dari tiap-tiap kalimah seekor burung, paruhnya dari emas dan bulunya dari marjan. kemudian orang itu bercerita kira-kira dua puluh halaman kertas. 
Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in saling berpandangan. 
Ahmad bertanya Ibnu Ma'in: Engkaukah yang menceritakan hadis itu kepadanya?. 
Ibnu Ma'in menjawab: Demi Allah, baru sekarang inilah saya mendengarnya. 
Setelah selesai orang itu bercerita,maka Ibnu Ma'in memberi isyarat kepadanya lalu ia datang kepada Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma'in. 
Berkata Ibnu Ma'in: Siapakah yang memberitahu hadis itu kepadamu?.
Orang itu menjawab: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in. 
Ibnu Ma'in berkata: Sayalah Ibnu Ma'in dan inilah Ahmad bin Hanbal. Kami tidak pernah mendengar sama sekali hadis itu dari rasulullah saw. 
Orang itu menjawab: Saya selalu dengar bahawa Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in adalah orang bebal, baru sekarang inilah saya dapat mempastikannya. 
Yahya bertanya : Mengapa demikian? 
Ia menjawab: Seakan-akan di dunia ini tidak ada Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in selain kamu berdua. Sesungguhnya hadis ini telah ditulis dari tujuh belas orang yang bernama Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in. 

12 Mac 2010


Solat Sunat Duha anak kunci pintu razeki

1-Masa:
Solat ini dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, iaitu jam 8.00 pagi sehingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zohor.

2-Bilangan rakaat:
Dikerjakan dua,empat,enam atau lapan rakaat. Rasulullah saw bersolat duha dua rakaat ketika terbit matahari dan empat rakaat ketika matahari naik pertengahan sedikit

3-Lafaz niat
أصلّى سنّة الضّحى ركعتين لله تعالى
 Sengaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Taala

4-Bacaan
selepas Al-fatihah rakaat pertama surah Al-Syams
selepas Al-Fatihah rakaat kedua surah Al-Duha
semasa sujud terakhir bacalah doa ini sebanyak 40 kali

وهب لى يا وهّاب علما وحكمة وارزقنى يا رزّاق كن لى مسهّل

5-  Doa selepas salam
اللهمّ انّ الضّحاء ضحاءك والبهاء بهاءك والجمال جمالك والقوّة قوّتك والقدرة قدرتك والعصمة عصمتك  اللهمّ ان كان رزقى فى السّماء فأنزله  وان كان فى الأرض فأخرجه وان كان معسّرا فيسره  فان كان حراما فطهّره  وان كان بعيدا فقرّبه  بحقّ ضحاءك وبهاءك وجمالك وقوّتك وقدرتك اتنى ما اتيت عبادك الصّالحين

Ya Allah sesungguhnya waktu duha itu waktu duha Mu, kecantikan itu kecantikan Mu, keindahan itu keindahan Mu, kekuatan itu kekuatan Mu, kekuasaan itu kekuasaan Mu, dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika razeki ku masih di langit ,turunkanlah dan jika masih di dalam bumi maka keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh

10 Mac 2010

Rahsia Air Mani


Dan pada diri kamu maka mengapa kamu tidak melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT
(Az-Zariat 21)
Bukankah kamu berasal dari air mani yang dipancutkan
(Al-Qiyamah 37)
Bukankah Kami telah mencipta kamu dari air yang hina
(Al-Mursalat 20)

APA YANG IMAM GHAZALI SURUH KITA FIKIRKAN TENTANG AIR MANI

1-Bagaimana Allah mengeluarkannya dari tulang punggung pihak lelaki dan tulang rusuk pihak perempuan.
2-Bagaimana Allah mengumpulkan kedua jenis ini(Lelaki dan wanita) dan keduanya diberi rasa saling cinta-mencintai.
3-Bagaimana Allah membimbing mereka itu dengan rantai kecintaan tadi,lalu berubah menjadi shawat untuk bersetubuh.
4-Bagaimana Allah mengeluarkan air mani itu dengan adanya gerak persetubuhan.
5-Bagaiman Allah menarik darah haid dari dasar urat-urat kemudian Allah kumpulkan di dalam rahim ibu.
6-Bagaimana Allah jadikan seorang bayi dari setitis air mani yang ditumpahkan tadi, disiram dengan darah haid. Anak itu diberi makan sehingga makin hari makin besar pertumbuhannya.
7-Bagaimana Allah membuat air mani yang asalnya berwarna putih yang berkilat ,lalu menjadi segumpal darah yang merah.
8-Bagaimana Allah menjadikan segumpal darah yang merah ini menjadi sekepal daging.
9-Bagaiman Allah membahagikan setiap bahagian air mani tadi, padahal , asalnya sama sahaja bentuk atomnya, tiba-tiba ada yang menjadi tulang belulang, otot, urat nadi, urat saraf yang halus dan daging.
10-Bagaimana Allah menyusunkan anggota lahir kita ini yang terdiri dari daging, otot dan urat-urat. Lihatlah keanehannya , kepala dijadikan bulat, telinga ,mata hidung dan mulut dijadikan berlubang, kecil besarnya menurut keperluan masing-masing.
Juga ada lubang-lubang lain lagi seperti yang ada di bawah. tangan dan kaki dibuat oleh Allah dalam bentuk panjang. hujung tangan dan kaki diberi jari-jemari dan setiap jari dibahagikan pula kepada ruas-ruas yang tertentu menurut kepentingannya.
11-Bagaimana anggota bahagian dalam disusun oleh Allah SWT begitu rapi sekali. hati, jantung, perut, paru-paru, buah pinggang, usus dan sebagainya. Setiap jenis dari anggota-anggota dalam ini diberikan bentuk yang khusus, ukuran besar kecilnya yang khusus dan dapat digunakan untuk pekerjaan yang khusus.
bagi setiap anggota ini jika diperiksa dengan teliti, akan menampakkan betapa banyaknya keanehan dan keajaiban yang terkandung di dalamnya. tanda-tanda kekuasaan Allah penuh di situ.andai kata kita hendak menulisnya satu persatu,rasanya seumur hidup kita pun kita tidak akan selesai mengerjakannya.
 SUBHANNALLAH  
 

07 Mac 2010

Muktazilah

Pengenalan mazhab Muktazilah  
      Muktazilah adalah salah satu mazhab dalam ilmu aqidah yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir dan cuba melepaskan umat islam daripada belenggu taklid buta.
        Pengasas mazhab ini bernama Wasil Bin Ata ( 80 - 180 hijrah) pada mulanya dia berguru dengan Hasan Al-Basri (23-110 hijrah) kemudian menyisihkan diri lalu berpisah daripada gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya dalam masalah orang islam yang melakukan dosa. Pada suatu hari ketika Imam Hasan Al-Basri sedang mengajar di masjid, tiba-tiba seorang pendengar bertanya : Apakah hukum orang yang melakukan dosa besar dan mati sebelum ia bertaubat?. Belumpun sempat gurunya memberi jawapan, Wasil terlebih dahulu berkata : Bahawa orang itu bukan mukmin dan bukan kafir, tetapi di tengah-tengah di antara keduanya. Sedangkan gurunya berpendapat bahawa manusia itu ada tiga macam: Mukmin, kafir dan munafik.
        Setelah berlaku perselisihan faham tersebut Hasan Al-Basri telah menghalau muridnya itu dan tidak membenarkannya mengikuti pengajarannya lagi sambil berkata Wasil telah mengasingkan diri (iktizal) daripada kita, dan daripada perkataan inilah diambil perkataan Muktazilah yang menjadi nama golongan ini. selepas itu Wasil membuat pengajaran sendiri dan mendapat pengikut yang ramai pula.

Fahaman Muktazilah:

1-Tuhan tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segalanya dengan zatNya sahaja.

2-Tuhan itu bersifat adil dan mesti membalas baik kepada orang yang membuat baik demikian juga sebaliknya.

3-Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendaknya.

4- Tuhan wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik.

5-Al-Quran itu baharu dan bukan qadim.

6-Tuhan tidak dapat dilihat oleh manusia baik di dunia mahupun di akhirat kelak.pendapat mereka berdasarkan firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 143
( قال ربّ أرنى أنظو اليك قال لن ترانى )
Maksudnya: (Nabi Musa bermohon kepada Tuhan) Wahai Tuhan ku, perlihatkanlah Zat engkau kepada ku supaya aku dapat menlihat Engkau, jawab Allah " Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku".

Mereka juga berpegang pada satu lagi ayat Allah dalam surah Al-An am ayat 103 yang bermaksud :
"Zat Allah itu tidak boleh dicapai oleh penglihatan sedangkan Allah mencapai penglihatan, dan Dia Maha lembut dan Maha perkasa."

Jasa Muktazilah:
        Mazhab Muktazilah adalah yang mula-mula mencipta ilmu kalam dalam islam. Mereka yang pertama menggunakan senjata musuh dalam mempertahankan kesucian aqidah islam dengan mengambil ilmu-ilmu falsafah dan mantiq daripada orang-orang Yahudi,Nasrani dan Majusi. keadaan ini berlaku kira-kira awal kurun kedua hijrah. Wasil bersama rakan-rakannya telah bergiat  menentang hujah-hujah musuh dengan menggunakan senjata mereka itu sendiri untuk menikam mereka. tegasnya jasa Muktazilah sangat besar dalam mempertahankan kesucian islam di abad yang silam.
[Ini adalah petikan daripada kuliah subuh yang telah saya sampaikan di surau 6 Mac 2010]

06 Mac 2010

PERKARA PELIK NI BETUL-BETUL BERLAKU DALAM SALASILAH KELUARGA SAYA, IA BERMULA DENGAN SATU PERKAHWINAN YANG PELIK, IAITU:

1-ATOK MAK SAYA YANG BERNAMA "MAT DAHAN" BERKAHWIN DENGAN IBU MERTUA MAK SAYA IAITU NENEK SAYA SEBELAH BAPA YANG BERNAMA "ROKIAH".

2-APAKAH STATUS NENEK SAYA SEBELAH BAPA DENGAN SAYA.?

3-APAKAH STATUS MAT DAHAN TU DENGAN SAYA?

4-APAKAH STATUS IBU SAYA DENGAN MAT DAHAN?

5-APAKAH SAYA MEMPUNYAI 3 DATUK SERENTAK


Kalaulah mereka baca hadis ini

انّ النّبىّ صلى الله عليه وسلّم قال: من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلو الفاعل والمفعول به ومن وجدتموه وقع على بهيمة فاقتلوه واقتلوا بهيمة - رواه أحمد واربعة
Ertinnya : Bahawasanya baginda Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang bertemu dengan mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut (Liwat) maka hendaklah kamu membunuh pelakunya dan yang dilakukan dengannya, dan sesiapa yang bertemu dengan orang  yang bersetubuh dengan binatang maka hendaklah kamu membunuhnya serta kamu membunuh binatang itu. dan kerana tidak membunuh binatang itu boleh mengingatkan akan perbuatan buruk itu ini akan menjadi aib kepada tuan punya binatang itu".
 

05 Mac 2010


Himpunan kata-kata hikmah dan nasihat bijak pandai yang sempat saya kumpul semenjak zaman saya belajar dahulu
1-Zu Nun Al Misri
Jangan kamu bersahabat dengan Allah kecuali kamu bersetuju denganNya
Jangan kamu bersahabat bersama makhluk kecuali kamu selalu menasihatinya
Jangan kamu bersahabat dengan nafsu kecuali kamu berselisih dengannya
Jangan kamu bersahabat dengan syaitan kecuali kamu berperang dengannya

2-Abu Yazid Al-Bastami
" Sesiapa yang tidak berguru maka gurunya adalah syaitan "

3-Syaidina Ali Karramallahuwajhah
Hakikat taqwa ialah:

الخوف من الجليل
والعمل بالتنزيل
والرضا بالقليل
والاستعداد ليوم الرحيل

4-ٍSyeikh Muhammad Ilyas
"Keindahan islam tertutup kerana keburukan akhlak penganutnya"

5-Hasan Al-Banna
" Sesungguhnya kewajipanku lebih banyak daripada masa yang ku miliki "

Banyak lagi himpunan kata-kata hikmah dan nasihat pendek yang berada dalam simpanan saya, insyaAllah ia akan dipamerkan dari masa ke semasa.

03 Mac 2010

1-Razeki dan ajal adalah dua pasangan kembar yang selalu mengejar seorang manusia, razeki Abu atau Minah  tidak akan habis selagi ajal tidak datang  menemui kedua-duanya.

2-Di lauhhulmahfuz mungkin Allah SWT telah mencatatkan bahawa kita adalah seorang jutawan, tetapi oleh kerana usaha kita untuk menjadi seorang jutawan itu tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh Alla SWT maka segala razeki yang diperuntukkan untuk kita itu telah dialih dan diagihkan kepada orang lain atau makhluk-makhluk Allah SWT yang lain seperti kucing-ayam-semut babi dan sebagainya.

3-Razeki kita adakalanya tertulis di dalam buku catatan orang lain dan razeki orang lain adakalanya tertulis di dalam buku catatan kita[ zakat-sedekah-hibah -hadiah dan lain-lain]

4-Di dalam Islam selain daripada berkerja keras untuk mencari razeki yang halal, Allah SWT juga telah menjadikan beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab kepada turunya razeki daripadaNya, antaranya:
-Solat sunat Duha
-Membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam
-Menghubungkan silaturrahim.
-Melakukan ibadat wajib dengan sempurna.
-Selalu melakukan perkara-perkara yang makruf.
-Zikir Asmaulhusna "Ar-Razzaq " dan lain-lain lagi

02 Mac 2010

Di manakah kemuncak kehidupan

" Life begin at fourty " adalah falsapah orang puteh, adapun bagi kita umat islam kemuncak kehidupan kita adalah pada usia 33 tahun. Bermulanya Usia kita 1 hari dari hari kelahiran hingga ke 33 tahun adalah usia menaik dalam kehidupan seorang muslim, adapun bila bermulanya bilangan usia dari 34 tahun hingga ke 66 tahun ia adalah usia menurun bagi seseorang muslim.
         Dalam urusan kehidupan kita seharian maka kita mestilah berpandukan kepada kehidupan Rasulullah saw, jika Rasulullah saw wafat pada usia 66 tahun, maka 33 tahun adalah kemuncak daripada usianya, maka begitulah kehidupan kita hari ini ,usia 33 tahun adalah kemuncak kehidupan dan 66 tahun adalah usia kematian, bahkan jangka hayat kita hari lebih pendek daripada jangka hayat Rasulullah saw, faktor-faktor pendorong kepada  kematian di zaman kita hari ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan faktor kematian di zaman Rasulullah saw.  Ayuhlah kalian..Berubahlah dan sedarlah ...Jika ada sesiapa yang telah berusia melebihi 33 tahun, sesungguhnya anda telah matang dan sedang menuju ke usia tua, usahlah lagi anda berangan untuk menggatal pada usia 40 tahun, kerana pada saat itu sebenarnya anda telah tergolong dalam kategori warga tua dan malaikat maut mungkin sedang mengunjungi anda melebihi 70 kali dalam setiap hari.

28 Februari 2010

Buat-buat tak tahu

Saya selalu mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh para ustaz yang tidak menganut fahaman harakah islamiah, dalam siri kuliah mereka selalunya mereka ini menjadi semacam orang bodoh dan terkapai-kapai dalam mencari hujah dan jawapan yang bernas terhadap sesuatu masalah yang sedang menimpa umat islam. Mereka tidak berani menyebut hukum yang tepat dan kata putus yang bernas terhadap sesuatu perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat islam hari ini, mereka seolah-olah tidak dapat mencari punca sebenar terhadap segala masalah yang berlaku, contoh yang paling mudah ialah masalah perzinaan dan buang anak. Dalam masalah semudah inipun mereka tak sanggup mengatakan punca sebenarnya adalah berkaitan dengan tindak tanduk para pemerintah yang mengabaikan pelaksanaan syariat islam yang sempurna dalam negara, yang mereka berani sebut hanyalah :"Itu semua berpunca dari didikan ibu bapa di rumah". itulah jawapan yang paling bernas dari para ustaz yang berfahaman sekular.

Masalah keruntuhan sistem keluarga punca gejala bunuh bayi - Shahrizat





Utusan Malaysia 28-2-2010
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Masalah rumah tangga dan keluarga dikenal pasti sebagai salah satu faktor penyebab kepada kes pembunuhan serta pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan kes-kes bunuh dan buang bayi tersebut bukan disebabkan oleh kelemahan undang-undang tetapi kegoyahan institusi kekeluargaan.

25 Februari 2010

     Dari Salman, ia berkata kepada Rasulullah saw ketika Ammuriyah berkata kepadanya, "Pergilah engkau ke daerah ini dan itu di wilayah Syam, kerana di sana terdapat seorang lelaki yang hidup di hutan di antara dua hutan. Dalam setiap tahun dia keluar dari satu hutan ke satu hutan yang lain kerana ia ditunggu orang-orang yang sakit. Setiap kali ia mendoakan salah seorang dari mereka, pasti orang tersebut sembuh dari sakitnya. Bertanyalah kepadanya perihal agama yang engkau cari, pasti ia menunjukkannya kepadamu."
            Salman berkata, Kemudian aku pergi ke tempat yang dijelaskan sahabatku. Di tempat tersebut ku lihat orang ramai berkumpul dengan membawa keluarganya yang sakit. Pada satu malam, orang tersebut keluar dari satu hutan ke hutan yang lain, dan diikuti oleh orang ramai. Ia tidak mendoakan orang yang sakit, melainkan ia sembuh. Mereka lebih cepat datang kepada orang tersebut daripadaku. Akibatnya aku tidak boleh mendekatinya hingga ia masuk ke hutan yang ingin ia masuki. Aku mengikuti orang tersebut . Ia berkata, "Siapa engkau?", ia menoleh kepadaku, kemudian aku katakan kepadanya, "Semoga Allah merahmatimu, cuba jelaskan kepadaku perihal hanafiyah(Agama yang lurus), agama Ibrahim". Ia berkata, "Engkau menanyakan sesuatu yang tidak ditanya manusia pada hari ini. Sesungguhnya telah dekat kepadamu zaman kemunculan Nabi yang diutus dengan membawa agama tersebut dari tanah suci. Pergilah engkau kepadanya, pasti ia membawamu kepada agamanya." .Rasulullah saw bersabda, "Hai Salman jika penuturanmu itu benar sungguh engkau telah bertemu dengan Isa Bin Maryam.
[Terjemahan Sirah Ibnu Hisyam Jilid 1muka surat 198] 

Persoalan yang perlu dihalusi dari kisah di atas:
1-Kebanyakan ahlu kalam mengatakan Nabi Isa telah mati dibunuh.
2-Sebahagian besar ahlu kalam menolak pendapat yang mengatakan nabi Isa Bin Maryam akan turun semula sebelum kiamat nanti.
3-Kebanyakan ulama mengatakan bahawa Nabi Isa dan Nabi Khaidir telah mati sebelum kelahiran Muhammad saw.

24 Februari 2010

Rahsia pacat dan lintah

Diriwayatkan bahawa tentera Raja  Sulaiman telah berperang dengan tentera Raja Jin beberapa kali, dalam beberapa siri peperangan yang telah berlaku itu kedua-dua belah pihak saling kalah dan menang. Diceritakan bahawa sebelum kemangkatan Raja Sulaiman, telah berlaku sekali lagi satu peperangan yang amat dahsyat antara tenteranya dan tentera Raja Jin. Dalam peperangan ini kedua-dua belah pihak telah berazam untuk berperang berhabis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam peperangan terakhir ini tentera Raja Sulaiman sekali lagi dapat mengalahkan tentera Raja Jin, dan raja jin sendiripun telah dapat dipancung kepalanya oleh Raja Sulaiman. Semasa saat hampir dipancung oleh Raja Sulaiman, Raja Jin telah bersumpah di hadapan Raja Sulaiman, katanya: "Wahai Raja Sulaiman..oleh kerana kau telah berjaya mengalahkan aku, maka aku bersumpah bahawa setiap titis darahku yang menitis jauh jatuh ke bumi akan bertukar menjadi pacat dan setiap titis darahku yang jatuh ke dalam air akan bertukar menjadi lintah, kedua-dua makhluk ini akan menghisap darah keturunanmu dan darah semua manusia untuk selama-lamanya."

21 Februari 2010

Baling dadu

Dadu Jahiliah

 Di zaman jahiliah terdapat sebuah patung yang bernama Hubal yang terletak berhampiran telaga Zamzam di Mekah,di samping patung Hubal ini terdapat tujuh dadu yang tertulis padanya perkatan-perkataan tertentu yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat jahiliah, seperti perkataan "Ya"- "Tidak" -"boleh buat" -"tidak boleh buat" dan lain-lain lagi. Orang-orang kafir jahiliah bila mereka hendak melakukan sesuatu pekerjaan maka mereka akan datang kepada patung hubal dan mengoncangkan bekas dadu yang terdapat di sebelahnya.Contohnya jika mereka ingin bermusafir, maka mereka akan mengoncangkan bekas dadu tersebut sebanyak tiga kali, jika bilangan dadu yang bertulis "tidak boleh" keluar setiap kali digoncang, maka mereka tidak akan bermusafir pada tahun itu.begitulah sebaliknya.
         Besgitulah besarnya peranan dadu dalam kehidupan masyarakat jahiliah sehinggakan pernah berlaku satu ketika, iaitu Abdullah Bin Abdul Muttalib ayah kepada Nabi Muhammad saw hampir disembelih oleh bapanya kerana namanya naik setiap kali digoncangkan dadu undian oleh Abdul Mutallib ketika melakukan pemilihan terhadap sepuluh anak lelakinya siapakah yang sepatutnya disembelih sebagai korban nazanya kepada Allah.

Dalam masyarakat jahiliah moden hari ini balingan dadu masih diamalkan, terutamanya semasa di dalam peperiksaan, ianya di lakukan oleh sebilangan pelajar-pelajar yang lemah dan malas membaca buku. balingan dadu juga masih diamalkan oleh orang bijak pandai dalam negara kita, terutamanya ketika melakukan pemilihan dalam pertandingan bola sepak dan lain-lain sukan, ianya berlebih kurang sama dengan apa yang telah dilakukan oleh masyarakat jahiliah sebelumnya.

19 Februari 2010

Mencari orang hilang

Ini adalah doa mencari orang hilang, samada hilang lemas di dalam air atau di daratan  dan di mana-mana sahaja.
a-Doa untuk mencari orang hilang di dalam air:
-Ambil 7 biji anak batu
-Berdiri di tempat orang hilang (lemas)
-Baca surah-surah berikut pada setiap anak batu:
       batu 1 = Al-Fatihah 14 kali
       batu 2 =Ayat kursi 7 kali
       batu 3 =Al-Ikhlas 7 kali
       batu 4 =Al-Falaq 7 kali
       batu 5 = An-Nas 7 kali
       batu 6 =Al-A'Raf ayat 13 7 kali
       batu 7 = Doa Nabi Yunus
-Ambil kesemua 7 batu dan balingkan di tempat orang hilang(lemas)

b-Jika orang hilang di daratan, baca juga susunan ayat yang sama, cuma tidak perlu menggunakan 7 biji anak batu.[ Petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias dalam kuliyah.net]


16 Februari 2010

Air Mata Air Hulu Langat mujarab


Air Mata Air yang terdapat di tepi jalan sebelum sampai ke pekan Hulu Langat Selangor adalah terkenal dengan kemujarabannya dalam mengubati pelbagai penyakit, antaranya ia boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dengan izin Allah SWT, ia juga juga boleh digunakan untuk menyejukkan demam panas, dijadikan air jampi dan pelbagai lagi.

        Lokasi tempat keluar air mata air ini terletak di tepi parit sahaja, tetapi ia tetap menjadi rebutan orang ramai terutamanya di hari cuti, biasanya orang ramai akan beratur panjang untuk mendapatkan air percuma anugrah Allah SWT ini.

13 Februari 2010

         Sudah hampir tujuh bulan berlalu saya dan keluarga memboikot dan memulau tuhan ini. Jika sebelum ini sebahagian besar masa kami dihabiskan dengan menghadapkan muka dan hati kami kepadanya, maka kini tidak lagi, kami sudah membuangnya jauh-jauh dari kehidupan kami, kami sudah tidak memerlukannya lagi. Hidup kami lebih bahagian walaupun sudah tidak menyembahnya lagi, minda kami semakin ligat berfikir, badan kami semakin sihat dan bertenaga, kemesraan di antara kami semakin bertambah, pendek kata tiada apa yang kurang dalam kehidupan kami sekarang ini walaupun kami tidak menyembah lagi tuhan ini.
        Sejak tuhan itu kami pulaukan maka kami dapat berkuliah dan bertazkirah di dalam rumah kami sebanyak tiga kali setiap hari, masa belajar dan membaca semakin banyak, masa santai dan rehat bersama keluarga semakin bermakna dan dapat kami isikan dengan perkara yang lebih berfaedah, seperti malayari kuliah online-bermain game yang kami cipta sendiri,membaca buku-buku cerita dan majalah kegemaran kami semua.
      Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..Jika kalian tidak mampu untuk memulau dan memboikot tuhan itu sepenuhnya dari hidup kalian, maka paling kurang sekalipun cubalah kalian kurangkan sedikit masa kalian menghadap muka dan hati kepadanya, jika terpaksa juga maka cukuplah sekadar kalian menyembahnya sekali sehari sahaja, iaitu antara jam 8.00 malam hingga 9.00 malam, selain daripada itu kalian buatlah amalan lain yang lebih berfaedah untuk dunia dan akhirat kalian.

SELAMAT TINGGAL TUHAN LAMA KU DAN TUHAN SEMBAHAN SEBAHAGIAN BESAR MANUSIA HARI INI IAITU TV1-TV2-TV3-TV7-TV9 DAN TV ASTRO

11 Februari 2010

Kita tak ada kuasa

    

      Pelikkan..Doktor Pakar jantung pun mati kerana sakit jantung. Doktor Pakar otak mati kerana barah otak. Doktor gigipun akan tertanggal giginya suatu hari nanti. Pakar penjinak ular akan mati kerana dipatut ular. Pencinta haiwan mati ditusuk oleh sengat pari yang dicintainya.
       Jika kita melihat dalam pengurusan masa, maka kita akan dapati bahawa kita tidak berkuasa satu saat pun terhadap peredaran masa. Andainya datang seorang perompak ke rumah kita, bolehkah kita mengundurkan sedikit masa supaya kita boleh membuat persiapan untuk menalifon polis atau meminta bantuan daripada jiran-jiran terdekat. Jawabnya tidak-sekali-kali tidak. Kita tidak berkuasa terhadap apa-apapun sama ada terhadap diri kita sendiri atau terhadap orang lain.Tetapi kenapa kita selalu berlagak sombong terhadap sesama manusia dan adakalanya terhadap Allah SWT. Hubungan kita sesama manusia boleh dikatakan berada pada tahap memuaskan. Manakala hubungan kita dengan Allah SWT pula bolehlah pula dikatakan berada pada tahap separuh sedar. Adakalanya kita ingat dan takut kepada Allah SWT, dan adakalanya kita sahaja buat-buat lupa terhadap Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24

 ولا تقولنّ لشئ انّى فاعل ذلك غد الاّ أن يشاء الله واذكر ربّك اذا نسيت وقل عسى أن يهدين ربّى لأقرب من هذا رشدا
Ertinya : Jangan sekali-kali kamu berkata kepada sesuatu " Sesungguhnya aku akan mengerjakannya esok pagi". Kecuali dengan menyebut "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah " Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini".

08 Februari 2010

      

Dari manakah datangnya kalimah ( الله ) ?. 
    Sebagaimana telah ditetapkan dalam kaedah bahasa bahawa "Sesuatu perkataan tidak akan wujud kecuali setelah wujud sesuatu yang telah diketahui sebelumnya. Perkataan ayam tidak akan wujud kecuali setelah wujudnya seekor ayam. Akal manusia tidak akan mengenali sesuatu yang mereka tidak mengentahui kewujudannya.
       Allah SWT adalah sesuatu yang ghaib dan kita tidak dapat melihatNya, tetapi bila disebut perkataan ( الله ) maka semua manusia di atas muka dunia ini mengentahui bahawa itu adalah nama Allah SWT, darimanakah datangnya pengentahuan ini ?, ia tidak lain melainkan keimanan kepada Allah SWT yang secara fitrah dan semulajadinya telah wujud di dalam diri setiap manusia.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 172:
واذ أخذ ربّك من بنى ادم من ظهورهم ذرّيتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربّكم قالوا بلى
Ertinya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: " Bukankah Aku ini Tuhanmu", mereka menjawab. " Betul Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi", 

        Lafaz  ( الله ) juga tidak pernah digunakan oleh sebarang makhluk untuk menamakan diri mereka dengan nama Allah ( الله ), manusia mempunyai kuasa dan pilihan untuk menamakan diri mereka dengan nama Allah
 ( الله ), tetapi perkara ini tidak pernah sekalipun terlintas dalam hati mereka untuk menamakan diri mereka dengan nama Allah( الله ). Inilah mukjizat kalimah Allah( الله ), Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan tetapi dia tidak pernah menamakan dirinya dengan nama Allah( الله ).

06 Februari 2010


       Bilangan manusia semakin bertambah dari setahun ke setahun adalah bukti jelas tentang kewujudan dan kehebatan Allah SWT. Bilangan manusia di atas muka dunia hari ini lebih kurang 5 bilion orang , bilangan ini tidak pernah berkurangan, malahan ia akan betambah dari sehari ke sehari.
       Bilangan manusia yang seramai ini jika dibilang secara menurun tahunnya, pasti kita akan dapati jumlahnya semakin berkurangan. Jika hari ini 6 Feb 2010 bilangan manusia 5 bilion, maka seratus tahun sebelumnya iaitu sekitar tahun 6 Feb 1910 mungkin bilangan manusia 4 bilion, orang pada tahun 1810 bilangan manusia mungkin 3 bilion, orang pada tahun 1710 bilangan manusia mungkin 2 bilion, orang pada tahun 1610 bilangan manusia mungkin 1 bilion orang sahaja.B ilangan manusia jika terus dibilang secara menurun pasti akan sampai kepada bilangan 2 orang manusia sahaja iaitu Adam dan Hawa. Lihatlah firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat. ayat 13.

 يا أيّها النّاس ءانّا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا انّ اكرمكم عند الله اتقاكم  
Ertinya : Wahai manusia sesunggunya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berpuak-puak supaya kamu saling berkenal-kenalan antara kamu, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling bertaqwa.

04 Februari 2010

Rahsia ketawa dan menangis


( Sila lihat yang baik-baik sahaja)
Firman Allah SWT dalam surah An-Najmu ayat 43

[ وانّه هو أضحك وأبكى] 
Ertinya : Dan hanya Allah yang menjadikan kamu ketawa dan menangis.

      Kebanyakan daripada kita yang membaca ayat ini hanyalah dengan sekadar lalu begitu sahaja tanpa kita mengkaji rahsia di sebaliknya, sedangkan dalam ayat inilah tersembunyinya kehebatan penciptaan Allah SWT yang boleh menambahkan keyakinan dan keimanan kita terhadap kekuasaan Allah SWT.
              Sesungguhnya ketawa dan menangis adalah anugrah daripada Allah SWT untuk semua makhluknya ,tak kiralah di mana sahaja mereka berada, namun gaya ketawa dan gaya menangis mereka tetap sama, tak kiralah sama ada orang itu keturunan Afrika, Amerika atau Australia sekalipun, namun apabila mereka ketawa atau menangis, maka kita orang asia akan dapat memahami bahawa dia sedang ketawa atau menangis. Jika ketawa dan menangis bukan daripada Allah SWT, maka kita pasti tidak dapat memahami gaya orang Jepun  menangis atau orang gaya orang Rusia yang sedang ketawa.
             Menangis yang di buat-buat juga membuktikan kekuasaan Allah SWT. iaitu kita secara semula jadi dapat membezakan jika seseorang itu sedang ketawa secara semula jadi atau  dia sedang buat-buat. Itulah kehebatan Allah SWT yang sepatutnya kita sedari dan syukuri, sesungguhnya Allah SWT telah menganugrhkan kepada kita dua nikmat yang amat berharga iaitu nikmat ketawa dan menangis .Alhamdulillah

02 Februari 2010

Harum dan Busuk

        Dari Abu Hurairah ra katanya: " Apabila ruh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya, dua orang malaikat menyambutnya dan menarikannya naik ke langit" Kata Hamad " Kerana baunya harum seperti kasturi". kata penduduk langit, " Ruh yang baik datang dari bumi. Shallallahualaika semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam". Lalu ruh itu dibawa ke hadapan Allah Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman. " Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan dia di sana sehingga ke hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya, " Apabila ruh orangt kafir keluar dari tubuhnya, Kata Hammad " Berbau busuk dan mendapat makian", maka berkata penduduk langit, " Ruh jahat datang dari bumi" lalu diperintahkan, " Bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat"
[Hadis 2448-Riwayat Muslim]
( Tolonglah...lihat yang baik-baik sahaja) 
 

31 Januari 2010

Mesti lihat dan wajib buat ?

[ عن ابى هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عتبه وسلم : من مات ولم يغز ولم يحدث به نفسه مات على شعبة من نفاق: رواه مسلم]
Daripada Abu Hurairah ra katanya: Rasulullah saw bersabda: " Sesiapa yang mati tanpa pernah berjihad, bahkan jiwanya tidak pernah tergerak untuk berjihad, maka matinya sama dengan mati seorang munafik.

27 Januari 2010


          Setiap perkataan di dalam al-quran yang dimulai dengan huruf Sin (س ) adalah adalah merupakan satu mukjizat yang terbesar dari Allah SWT. Setiap perkataan yang dimulai dengan huruf Sin( س) adalah bermaksud sesuatu itu akan berlaku di masa akan datang. perkara tersebut tidak pernah berlaku pada masa sebelumnya atau masa sekarang.


1-Firman Allah SWT:

سيقولوا السّفهاء من النّاس ما وّلّهم عن قبلتهم الّتى كانوا عليها)
Ertinya: Orang-orang yang kurang akal (bodoh)di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan umat Islam dari kiblat ( Baitul Maqdis) yang dahulunya mereka berkiblat kepadanya" [ al-Baqarah 142]

 (سيقولوا  ) Maksudnya : Akan berkata.

        Semasa diturunkan ayat ini orang-orang yang bodoh di kalangan Musyrikin Mekah atau orang Yahudi dan kristian tidak berkata apa-apa, tetapi setelah lebih kurang 16 atau 17 bulan Rasulullah saw berpindah ke Madinah, maka Allah SWT  telah memerintahkan Rasulullah saw supaya memindahkan arah kiblat dari menghala ke Baitul Maqdis di Palestin kepada menghala ke arah Kaabah di Mekah. Maka pada saat ini berkatalah orang-orang bodoh di kalangan mereka tentang perpindahan arah kiblat oleh Allah SWT itu.      
          Di sinilah terletaknya mukjizat Allah SWT dalam huruf Sin, iaitu pada masa itu mungkin orang-orang bodoh di kalangan orang kafir itu boleh mengatakan bahawa:"kami tidak berkata sepertimana yang telah dikatakan oleh nabi Muhammad dan Al-Quran itu ". Jika perkataan itu di kata oleh mereka, maka terbatallah mukjizat al-quran dan kenabian nabi Muhammad saw dan beliau akan dituduh sebagai pendusta.

2-Firman Allah SWT
    ( سيهزم الجمع ويولّون الدّبر  )
Ertinya : Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang..

       Semasa diturunkan ayat ini Saiyidina Umar Bin al-khattab bertanya kepada Nabi Muhammad saw. '"Siapakah yang akan menang dan siapakah pula Golongan yang akan dikalahkan" . sedangkan kita sekarang ini sedikit bilangannya dan lemah pula.
        Setelah beberapa tahun berlalu dan umat Islam telah berhijrah ke Madinah, maka berlakulah peperangan Badar, inilah peperangan pertama di dalam islam yang mana orang-orang kafir quraisy yang berjumlah hampir 3000 orang telah berjaya dikalahkan oleh tentera Islam yang jumlahnya hanya lebih kurang 300 orang sahaja. Setelah orang Islam menang dalam peperangan ini maka menangislah Saiyidina Umar ra lalu berkata. "Benarlah Engkau wahai Tuhan-ku", dan seterusnya beliau membaca (سيهزم الجمع ويولّون الدّبر ). Ayat ini diturunkan semasa Nabi Muhammad saw dan umat islam berada di Mekah lagi, dan orang-orang kafir Quraisy pernah mendengarnya, tetapi mereka tetap berdegil untuk berperang dengan Rasulullah saw, maka di sinilah terbuktinya mujkizat Allah SWT di dalam huruf Sin.

3-Firman allah SWT
(.  سيصلى نارا ذات لهب.. )
Ertinya : Binasalah kedua belah tangan Abi Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidak berfaedah kepadanya dan apa yang diusahakannya. Kelak dia akan masuk ke dalam api neraka yang bergejolak. Dan begitu pula isterinya pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.[ Al-Lahab ayat 1-5]

         Semasa diturunkan ayat ini Abu Lahab dan isterinya masih hidup, jika dia ingin mempersendakan islam dan Nabi Muhammad saw maka dia boleh mengumpul penduduk Mekah lalu berkata: "Muhammad bohong dan al-Quran tidak benar kerana Aku tidak tidak akan masuk neraka. aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah utusan Allah ".Tetapi disinilah terletaknya mukjizat Allah SWT . Abu Lahab tidak pernah sekalipun terlintas di dalam fikirannya untuk mempersendakan Nabi Muhammad saw dan Al-Quran. dia tetap mati di dalam kekafirannya.
[ Al-Ghaib- Muhammad Mutawali as-Sya'rawi]





25 Januari 2010



Cara-cara untuk mengelakkan kenderaan anda dari berlaku kemalangan di jalan raya ialah :
i-Sediakan air bersih dalam satu bekas
ii-Baca surah-surah berikut dan tiupkan kedalam bekas air tersebut:
a-Al-Fatihah 3x
b-Al-Ikhlas 3x
c-An-Nas 3x
d-Al-Falaq 3x

Setelah melakukan perkara di atas, siramkan air tersebut ke atas kenderaan anda mengikut cara berikut:
a-Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
b-Dari depan ke kiri
c-Dari kiri ke belakang.
d-Dari belakang pusing hingga ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang ditunjukkan di atas InsyaAllah kenderaan anda tidak akan mengalami kemalangan yang besar.
Perhatian: 
Perkara ini hanyalah perlu dilakukan sekali sahaja pada awal pembelian kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh memulakannya dari sekarang. Cukup dengan sekali sahaja.
( Semoga diizinkan oleh Al-Ustaz Mohamad Awang)

22 Januari 2010


        Sesungguhnya pertembungan antara Al-Quran dan sains akan berlaku hanya kerana dua sebab sahaja, iaitu :
i-Apabila penemuan ilmu sains itu tidak menepati fakta yang sebenarnya.
ii-Apabila para ilmuan Islam tidak memahami al-Quran atau terjemahannya dengannya dengan tepat  .
Firman Allah SWT(.Surah Al-Hijr ayat 19)
والأرض مددنها
Ertinya : Dan bumi ini kami hamparkan.
       
      Semasa diturunkan ayat ini ia tidak berlaku pertembungan antara al-Quran dan sains kerana apa yang telah disebutkan oleh al-quran adalah bertepatan dengan apa yang sedang dilihat oleh pandangan mata manusia ketika itu, iaitu bumi memang terbentang dan terhampar di hadapan mata mereka .Kemudian Allah SWT telah mendedahkan ilmu-Nya kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya( sekalipun mereka itu  orang kafir) lalu berlakulah perlumbaan menjelajah ke ruang angkasa. Maka pada waktu itu gambaran bumi kita ini dilihat dalam bentuk bulat. Maka setengah daripada ulama islam yang tidak mendalam ilmunya telah mengatakan bahawa "Sesiapa yang mengatakan bumi bulat maka dia adalah Kafir ".
              Kalau kita pergi kemana sahaja di atas permukaan bumi ini maka kita akan dapati ia sentiasa terhampar di depan mata kita, ini adalah buktinya bumi ini bulat, dan jika bumi ini empat segi atau enam segi pasti kita akan menemui penghujungnya, tetapi oleh kerana bumi ini bulat, maka kemana sahaja kita pergi pasti ia akan sentiasa terhampar di hadapan mata kita. dan kita tidak akan menemui penghujungnya.
      Orang kafir cuba membuat tohmahan bahawa ayat al-quran berlawanan dengan ilmu sains dalam hal berkaitan dengan bentuk muka bumi ini, tetapi tohmahan mereka itu tidak dapat mereka buktikan kebenarannya....
(Petikan dari Buku Al-Ghaib oleh  Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi) 

15 Januari 2010


Bagi sebahagian besar para suami yang sedikit malas, jika disuruh oleh isteri mereka supaya menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah mereka, maka mereka akan berkata, tangan saya panas, tanam sayur pasti tak hidup. Betulkah ada istilah tangan panas di dalam islam. Untuk mendapat kepastiannya, maka marilah kita sama-sama menghayati cerita di bawah. 


        Abu Buraidah ra meriwayatkan. Ketika Rasulullah saw baru tiba di Madinah, Salman al-Farisi mendatangi beliau dengan membawa meja makan yang berisi kurma seraya meletakkannya di hadapan beliau. Rasulullah saw bertanya, Wahai Salman, Apa ini? Salman menjawab, " Ini sedekah untuk engkau dan sahabat engkau. Maka beliau menjawab.Bawalah kurma ini, Sesungguhnya kami tidak menerima sedekah. Salman pun membawanya. Keesokan harinya, ia kembali datang dengan membawa kurma yang sama seraya meletakkannya di hadapan beliau. Beliaupun kembali bertanya: Wahai Salman apa ini?. Salman menjawab, Ini adalah hadiah untuk engkau. Maka beliau berkata kepada sahabat beliau: Berkumpullah untuk makan. Saat itu Salman melihat tanda kenabian di belakang Rasulullah saw. Maka ia pun beriman kepada beliau.Setelah itu rasulullah saw membeli sebidang tanah dari seorang Yahudi dengan harga sekian dirham untuk ditanami pokok kurma. Di dalam tanah itulah Salman bekerja hingga ia bisa menanggung dirinya sendiri. Seluruh pohon kurma ditanam sendiri oleh Rasulullah saw, kecuali sebatang sahaja yang telah ditanam oleh umar. Maka kurma-kurma itu berbuah pada tahun itu juga, kecuali sebatang pohon yang ditanam oleh Umar. Rasulullah saw bertanya : Ada apa dengan pohon kurma ini?. Umar menjawab, Wahai Rasulullah saw, sayalah yang menanamnya. Seketika itu juga rasulullah saw mencabut pohon itu lalu menanamnya semula. maka pohon itu pun berbuah pada tahun itu juga.   

13 Januari 2010



Cerita ini telah diceritakan oleh Aisyah r.a
Sebelas perempuan sedang duduk bersama dan saling bercerita. Mereka sepakat untuk tidak menyembunyikan apa pun tentang suami mereka.

Perempuan pertama:
Suami saya seperti daging unta yang  kurus yang berada dipuncak gunung(angkuh). Sulit untuk dijangkau (Tidak suka berbuat baik). Tidak ada jalan datar untuk sampai ke sana( berperangai buruk). Tidak ada pula lemak yang boleh diambil darinya( Tidak ada kebaikan yang boleh dimanfaatkan darinya)

09 Januari 2010

        Dewasa ini sebahagian besar penduduk dunia berada dalam kegelisahan dan kekosongan jiwa, tak kiralah sama ada mereka itu muslim ataupun musyrik, rata-rata hidup mereka terkejar-kejar mencari harta dan kekayaan di dunia yang fana ini. Sebahagian besar daripada manusia hari ini menyangka bahawa dengan memiliki sedikit daripada harta di dunia ini maka hidup mereka akan bahagia, lalu mereka mengejarnya siang dan malam ,tetapi bila sejumlah wang dan harta telah mereka perolehi, hati mereka tidak bahagia juga, malah mereka akan lebih tamak lagi untuk mencari wang dan harta seterusnya, sehinggakan mereka terlupa untuk menunaikan keperluan diri mereka sendiri.lalu usia mereka habis dan berlalu hanya dalam mengejar kebahagiaan yang tak pernah mereka capai sebenarnya.



        Setengah manusia yang lain pula menyangka mereka akan mengecap sedikit kebahagiaan bila mereka dapat melupakan semua masalah yang sedang mereka hadapi, lalu mereka mengambil pelbagaai minuman yang memabukkan dan pil yang menghayalkan bagi melupakan sementara segala masalah yang membelenggu jiwa mereka, tetapi apa yang berlaku hanyalah mereka akan gila dan hilang akal sekejap sahaja, selepas itu mereka akan kembali waras, bila waras jiwa mereka akan kembali meronta-ronta, akhirnya mereka mereka terperangkap dalam kebahagian palsu yang telah mereka cipta.
             Itulah sedikit gambaran manusia hari ini dalam mencari ketenangan dan kebahagiaan, namun kebahagiaan yang sebenar hanyalah terletak di dalam penghambaan diri kepada Allah SWT. sejauh mana kita menyerah jiwa dan raga kita kepada Allah SWT maka sejauh itulah kita akan bahagia.
        Firman Allah SWT : Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan tenang...marilah kita sama-sama mengingati Allah SWT dengan pelbagai cara semampu kita,antara cara yang paling mudah untuk kita mengingati Allah SWT ialah dengan menghayati bacaan ayat-ayatNya, Ayuhlah kawan-kawan marilah kita isikan hati dan minda kita dengan ayat-ayat Allah SWT, semoga dengan itu hati kita akan lebih tenang dan kita akan terdorong untuk melakukan lebih banyak kebaikan
 

08 Januari 2010

Bertawasul dengan amalan baik





Dari Abi Abdu Rahman Abdullah Bin Umar Al-Khattab ra katanya: Ku dengar rasulullah saw bersabda : Telah berjalan tiga orang dari orang yang berada sebelum kamu hingga mereka terpaksa bermalam di dalam sebuah gua. Apabila mereka masuk, maka jatuhlah sebuah batu besar dari gunung menutupi pintu gua itu dan mereka pun terkurunglah di dalamnya. Kata mereka : " Kamu tidak akan lepas keluar dari dalam gua ini jika kamu tidak mendoakan kehadrat Allah dengan amal-amal kebajikan kamu. Lalu mendoalah seorang dari mereka : Ya Allah ! Aku dahulunya ada beribu-bapa yang telah tua aku tidak pernah memberi minum sebelum keduanya, baik untuk ahli keluargaku mahupun untuk ternakkan. Pada suatu hari aku pergi jauh mencari kayu oleh itu tak dapatlah aku kembali petang kepada keduanya itu sehingga keduanya telah tidur. Maka ku perahkan susu untuk minumam malam mereka berdua, tetapi ku dapati keduanya sedang tidur. Aku tak gemar membangunkan keduanya atau memberi minum dahulu dari mereka untuk ahli dan ternak. Akupun berdiam diri sedang mangkok berada di tanganku menunggu keduanya bangun sehingga fajarpun menyinsing dan kanak-kanak riuh di tempat aku berdiri lalu keduanyapun terbangun dan minum minuman mereka. Ya Allah ! kalau betul yang demikian itu ku lakukan untuk mencari keredhaan-Mu lepaskanlah kami dari dalam gua ini. Maka merengganglah pintu gua itu sedikit, tetapi mereka tak dapat keluar".
        Dan mendoa pula yang seorang lagi : Ya Allah ! Dahulu pakcikku ada mempunyai seorang anak perempuan yang sangat ku cintai. Aku ingin terhadapnya tetapi dia engan menurut kemahuanku hingga berlalu masa setahun kemudian dia datang pula kepadaku, maka ku beri seratus dua puluh dinar supaya dia mahu bersulit-sulit antara aku dengannya. Permintaanku itu diturutnya, sehingga apabila aku berada antara kedua belah kakinya, diapun berkata:" Takutilah Allah dan jangan dibuka pateri melainkan dengan haknya. Maka akupun pergilah meninggalkan dia pada hal dia adalah kekasih yang sangat ku cintai, dan aku tinggalkan emas yang telah aku berikan kepadanya. Ya Allah ! jika betul yang demikian itu ku perbuat kerana mencari keredhaan-Mu lepaskanlah kami dari dalam gua ini. Maka merengganglah lagi batu itu, tetapi mereka masih belum boleh keluar.
             Akhirnya mendoalah pula yang seorang lagi: Ya Allah !. aku telah menggaji beberapa orang buruh dan telahku bayar gaji mereka sekeliannya melain dari seorang yang telah pergi meningglkan bahagiannya. Upahnya itu telah ku kembangkan sehingga menjadi harta yang banyak. Kemudian pada suatu masa dia telah datang kepadaku dan berkata: " Wahai Abdullah, berilah upahku!". Jawabku: " Semua yang kau lihat itu, unta, lembu, kambing dan hamba adalah upahmu belaka". "Janganlah kau bergurau denganku wahai Abdullah". katanya lagi: "Tidak! aku tidak bergurau denganmu".Jawabku pula lalu diambilnyalah semuanya itu dan dihalaunya, tiada suatupun lagi yang tinggal. Ya Allah!jika sebetulnya yang demikian itu telah ku perbuat untuk mencari keredhaan-Mu lepaskanlah kami dari dalam gua ini." Maka bergoncanglah batu besar itu dan mereka pun terus berjalan keluar.

06 Januari 2010

Kalaulah dia sebesar kita


Rasulullah saw melarang kita membunuh semut melainkan yang mengigit kita sahaja, Allah SWT juga telah memuliakan keturunan semut dengan menamakan salah satu daripada surah-surah di dalam kitabNya dengan nama semut, Nabi Allah Sulaimanpun pernah berintraksi dengan seekor raja semut. Tetapi kenapakah kita hari ini amat zalim terhadap segolongan hamba Allah yang bernama semut ini. Adakah kerana jasadnya yang kecil, maka kita membunuhnya sewenang-wenangnya, adakah kita tidak merasa berdosa di hadapan Allah SWT terhadap perbuatan kita itu, sedangkan setiap makhluk yang bernyawa adalah berharga di sisi Allah SWT, siapalah kita jika dibandingkan dengan seekor semut. Wahai kamu yang bernama Ali Bin Abu, adakah nama kamu tercatat di dalam al-Quran, pernahkah para nabi berintraksi dengan keturunan kamu?. Jawabnya: Kamu hanyalah makhluk Allah SWT yang selalu melakukan dosa dan maksiat,kamu adalah pembunuh yang paling zalim, sekali kamu membunuh semut bukan seekor, tetapi beribu-ribu ekor, kamu memnggunakan pelbagai racun untuk membunuh mereka. Wahai manusia yang zalim...sedarlah sesungguhnya setiap nyawa yang telah kamu bunuh pasti akan disoal dan diadili di hadapan Allah SWT di padang Mahsyar kelak. Bertaubatlah kepada Allah SWT, buangkanlah segala racun pembunuh serangga yang telah engkau beli dan sedia tersimpan di rumahmu itu...Bayangkan semut adalah kamu dan kamu adalah semut..apakah yang akan kamu rasa ????

02 Januari 2010

Ilmu Tafsir Mimpi

    Formula mentafsir mimpi ini saya pelajarinya semasa saya sedang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir beberapa tahun yang lalu, caranya ialah setelah selesai kita bermimpi dan terjaga daripada tidur, maka capailah al-quran dan bukalah ia di mana-mana muka surat sebanyak 7 helai kebelakang dan baca ayat yang di baris ke 7 dari atas ke bawah,  ayat yang sebaris itulah merupakan tafsir bagi mimpi kita. Tafsirnya berdasarkan zahir ayat atau simboliknya.


Saya mempelajari ilmu tafsir mimpi ini dari seorang lelaki tua warga Malaysia yang datang ke Mesir untuk berdakwah, dia telah mengajar saya ilmu ini di dalam masjid Fatimah Az-Zahra di bandar Cairo. Sejak itu saya selalu mengamalkan ilmu tafsir mimpi ini, semua yang saya mimpi akan saya tafsirkan, tak kiralah mimpi itu buruk ataupun baik. Satu ketika semasa saya pergi ke bandar Qina di selatan Mesir, tiba-tiba datang seorang ulama yang tidak pernah saya kenalinya, dia melarang saya mengamalkan ilmu tafsir mimpi ini ,kerana takut nanti saya akan menafikan kebenaran ayat-ayat al-quran jika tafsir mimpi dari al-quran itu tidak bertepatan dengan yang apa telah kita mimpikan .
      Kesimpulannya ilmu tafsir mimpi ini boleh diamalkan untuk mimpi yang baik-baik sahaja dan oleh orang yang baik-baik sahaja]

29 Disember 2009

Buat-buat GILA


Antara rahsia kejayaan dan kecemerlangan saya semasa belajar di Universiti Al-Azhar dahulu ialah saya selalu buat-buat gila , tetapi awas buat-buat gila tu mesti bersyarat, bukan gila sembrono.nanti susah.
         Semasa belajar di Mesir dahulu saya selalunya tinggal seorang diri dalam sebuah rumah kotak, iaitu rumah atau bilik-bilik kecil yang dibina di belakang bangunan yang besar,sewanya sekitar PM 90.00  sebulan, dan di waktu yang lain pula saya pernah tinggal di dalam bilik kecil di dalam masjid, saya menjadi penjaga masjid secara suka-rela dan dengan niat untuk mengelak dari membayar sewa..
        Semasa tinggal berseorangan inilah selalunya saya buat-buat gila.( Ingat.. gila bermusim dan bersyarat ) iaitu bila hampir dengan musim peperiksaan selalunya saya bercakap seorang diri, dan adakalanya saya bercakap dengan kembar saya di dalam cermin di hadapan saya, apa yang saya cakapkan ialah mengenai buku pelajaran yang saya sedang hafal. Saya selalu membaca buku nota kepada kepada kembar saya di dalam cermin, dia mengangguk tanda faham..seronooook..tak boring..tak tensyon..tapi bukan gila..
        Kepada adik-adik yang masih belajar di mana-mana universiti sekarang ini, cubalah teori buat-buat gila ni..insyaallah kamu akan mendapat dua perkara: i-kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. ii- mungkin kamu akan terus gila....wallahua'lam.

27 Disember 2009


Sijil penyertaan kursus Penulisan dan Penterjemahan anjuran Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir yang disampaikan oleh wakil Utusan Malaysia Kaherah Encik Astora Jabat.

Kesimpulannya:
1-Walaupun sekarang ini astora jabat telah hilang dari arena politik tanah air dan dia kini tercampak entah kemana.tetapi saya tidak boleh mengutuknya lagi, nanti berdosa, mendurhakai guru. .
2-Ramai lagi ustaz-ustaz di kelantan yang berkursus dengan Astora Jabat, tapi entah le para ustaz tu mengiktiraf astora jabat tu sebagai guru mereka atau pun tidak. wallahu a'lam

25 Disember 2009

" Bertaraf Dunia "



     Entah kenapa hati saya cukup sedih dan bosan pada isi khutbah Jumaat pada hari ini Jumaat 25/12/09. walaupun tajuknya cukup baik iaitu ia menceritakan tentang kelebihan ilmu pengentahuan, tetapi bila ditargetkan dengan ilmu pengentahuan itu kita mahu mencapai sesuatu yang "bertaraf dunia" dalam semua perkara yang kita lakukan, maka hati kecil saya menjadi benci dan bosan, lalu saya mula mempersoalkan dalam hati sanubari saya ini'. Siapakah yang telah mengarang khutbah ini?',Tiada tajuk lain lagikah yang hendak dibuat?. Sudah tiada lagikah cerdik pandai dalam negara kita yang boleh kita rujuk untuk melahirkan isi khutbah yang lebih bermutu ?, atau apakah khutbah itu dikarang hanya sekadar untuk mendapat bayaran sahaja. wallahhu a'lam
      Biarlah peminpin negara kita dan ahli politik tertentu sahaja yang bercerita tentang ingin menjadikan sesuatu yang mereka lakukan bertaraf dunia, 'Bola sepak bertaraf dunia'-'pendidikkan bertaraf dunia'-'Penyanyi bertaraf dunia'-'Kenderaan bertaraf dunia'-semuanya bertaraf dunia. Adapun bagi kita yang telah diberikan sedikit kefahaman beragama oleh Allah SWT, maka tak sesuai untuk kita bercerita tentang ingin berbuat sesuatu bertaraf dunia...Dunia tiada nilai di sisi Allah SWT....Rujuklah al-quran...bacalah hadis..lihatlah pandangan Allah SWTdan RasulNya terhadap dunia. Bacalah kisah Nabi Ibrahim As dan Namrud laktullah, anda akan menemui kisah nyamuk di dalam cerita itu. Nyamuk yang telah berjaya menyebabkan kematian Namrud laknatullah itu telah di tawar oleh Allah SWT : " Apakah yang kamu inginkan daripada isi dunia ini?". maka jawab nyamuk yang kerdil: Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu apa-apapun daripada isi dunia ini, cukuplah sekadar Engkau pulihkan sayapku yang patah ini. Dengan itu Allah berfirman: Jika dunia ini berharga di sisi Allah, maka Allah tidak akan memberi orang kafir minum walau setitis airpun.

Apa yang sepatutnya kita lakukan:
-Buatlah sesuatu bertaraf Dunia dan akhirat.
-Buatlah sesuatu betaraf akhirat.
-buatlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh ahli dunia dan diterima oleh Allah SWT.
-buatlah sesuatu kerana Allah SWT
*Jika kita merujuk kamus bahasa arab dan mencari erti bagi perkataan dunia, maka kita pasti tidak sanggup untuk meletakkan sesuatu yang kita lakukan bertaraf dunia.[Dunia ertinya: rendah-hina dan jijik]


24 Disember 2009


         Antara akiviti santai yang amat menyeronokkan yang selalu saya lakukan ialah saya mengambil sebuah buku catatan dan sebatang pen, lalu saya pergi ke Pekan Masjid Tanah dengan memandu kereta Volvo S70 atau dengan van Suzuki APV saya, sampai di sana saya akan parking kenderaan di beberapa tempat yang

21 Disember 2009

Petua Abang Ipar dan Ustaz Al-Hafiz
1- Jangan meludah di dalam mangkuk tandas nanti bontot kamu terkena penyakit buasir.
2-Jangan meludah di dalam mangkuk tandas nanti gigi kamu akan kuning dan sukar untuk dibersihkan.
3-Jangan meludah di dalam tandas selepas kamu mempelajari atau menghafaz al-quran.




Petua Cikgu Yaman:
Jangan menolak atau menguis kayu api dengan menggunakan kaki anda ketika kayu api itu sedang dibakar untuk memasak makanan di dalam kawah yang besar bagi sesuatu majlis kenduri kahwin satau sebagainya, nanti kaki dan lutut kamu akan terasa sakit-sakit walaupun kamu belum mencapai usia tua lagi.


19 Disember 2009

Kita mudah Lupa diri?



Asal-usul kejadian:
      Saya dan kamu semua adalah sejenis makhluk Allah SWT yang dicipta dari setitis air mani yang hanyir yang dipancutkan oleh seorang lelaki ke dalam rahim seorang wanita, di situ kita bertukar dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, dari air mani yang hanyir menjadi segumpal darah, dari segumpal darah menjadi seketul daging, kemudian dijadikan tulang-tulang yang diseliputi dengan daging dan seterusnya menjadi seorang manusia yang bernyawa. Kita berada di dalam dunia yang gelap selama sembilan bulan, di situ pelbagai angan-angan yang ingin kita lakukan jika kita dikeluarkan dari dunia gelap itu ke dunia yang terang nanti,

17 Disember 2009

Wasiat Imam As-Syabli rah.


         Adalah diceritakan bahawa Imam As-Syabli rah telah berkhidmat kepada 400 orang guru. Dan beliau juga berkata : " Aku telah membaca 4000 hadis, kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadis yang benar-benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang lain daripadanya. Kerana aku telah memperhatikan hadis yang aku pilih ini dan aku telah mendapati di dalamnya ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung di dalamnya segala ilmu al-awalin dan al-akhirin maka aku merasa cukup dengan berpegang teguh dengannya. Hadis itu ialah sebuah hadis yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah saw kepada salah seorang sahabatnya. hadis itu berbunyi :(Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadaNya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan siksanya.)
Wahai pembaca yang budiman: jika engkau berpegang teguh kepada hadis ini, maka sebenarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada ilmu yang banyak.
[ Petikan dari buku: Wasiat Imam Gazali]

14 Disember 2009

  Selamat Datang Tahun 1431 Hijrah:
Makna Hijrah:

1-Hijrah sahabat Rasulullah saw dari Mekah ke Habsyah ketika sangat keras ancaman dan kejahatan orang-orang kafir Quraisy terhadap umat islam, maka pergilah mereka melarikan diri kepada Raja Najasyi raja Habsyah yang terkenal dengan keadilannya , iaitu lima tahun sebelum Nabi Muhammad saw diangkat menjadi pesuruh Allah. 
2-Hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah, iaitu tiga belas tahun selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.

12 Disember 2009

Ustazpun mencuri



        Semasa zaman belajar di Mesir dahulu, kawan-kawan ana selalu menunjukkan barang-barang yang telah mereka curi semasa menaiki berbagai kapal terbang, berbagai-bagai bentuk selimut yang mereka ada. keberanian mereka mencuri dan berbagai alasan yang mereka kemukakan untuk menghalalkan perbuatan mereka itu, antaranya mereka mengatakan harga selimut tersebut adalah termasuk dalam bayaran tiket yang

09 Disember 2009


1-Syaitan yang jahat
Rasulullah saw bersabda : Syaitan telah mencekik seorang jariah. terlintas dalam hati keluarganya untuk mengubatinya pada seorang Rahib. Mereka membawanya kepada rahib namun dia menolak berkali-kali tapi akhirnya menerima juga. Ketika jariah itu berada di rumah rahib itu untuk diubati, syaitan selalu menggodanya hingga dia menghamilkan jariah itu. Lalu syaitan berkata, "Perbuatan burukmu akan terbongkar bila keluarganya datang. Maka bunuhlah dia dan katakan kepada keluarganya dia telah mati." Maka rahib itu membunuh dan menanamnya. kemudian syaitan pergi kepada

05 Disember 2009

Rahsia BESAR


Rahsia besar di sebalik tanda tangan ustazcyber ( Abdullah)
1- Tanda tangan arabic ini telah diajar oleh guru al-Quran saya ( Pak Su Wel ) di atas suraunya di kampung Gong Anak Nyor 16800 Pasir Puteh Kelantan sekitar tahun 1987 yang lalu.
2-Sekali saya menurunkan tanda tangan ini maka ia akan mendatangkan pahala kepada saya selagi tanda tangan itu tidak rosak atau dipadam.( dalam tanda tangan saya itu ada perkataan Allah )
3-Tanda tangan saya ini HARAM disentuh oleh seseorang yang berhadas besar.
4-Berdosa jika sesiapa mencampak atau menghina tanda tangan saya.
5-Tidak boleh di bawa masuk ke dalam tandas atau ke tempat maksiat.
6-Tanda tangan yang terbaik di atas muka dunia sehingga hari kiamat.
7-Tercatat di dalam al-Quran dan hadis.
8-Selalu terbentuk di awan, pokok, ikan dan pelbagai makhluk sebagai tanda keagungan Allah SWT.
( Tajuk ini sekadar bacaan santai sahaja...tolong jangan anggap saya yang bukan-bukan)

03 Disember 2009


Percayakah tuan-tuan dan puan-puan jika saya mengatakan bahawa pendapatan saya sepanjang tahun 2009 ini ialah sebanyak RM 5,544,000.00(Lima Juta Lima Ratus Empat Puluh Empat Ribu Ringgit Malaysia) rahsianya cukup mudah sahaja..sila baca pendedahan ikhlas saya ini. Iaitu mulai 01 Januari 2009 saya telah mula membayar bil elektrik dan bil air surau di taman saya. iaitu suarau Al-Karim Taman Bidara Indah Londang Masjid Tanah Melaka.jumlah bil yang saya telah bayar ialah:

Bil elektrik: 12 bulan x RM 60.00 sebulan = RM 720.00
Bil air       :  12 bulan x RM 6.00 sebulan  =  RM  72.00
Bil elektrik + Bil air                      Jumlah := RM 792.00

RM 792.00 adalah nilai wang saya di dunia, tetapi jika saya ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dalam pembayaran kedua-dua bil itu maka nabi Muhammad saw dan Allah SWT telah berjanji untuk menggandakan wang saya itu kepada 10 x ganda hingga ke 700 x ganda
                     RM 792.00 x 10 = RM 7920.00

                     RM 7920.00 x 700 = RM 5,544,000.00
( LIMA JUTA LIMA RATUS EMPAT PULUH EMPAT RIBU RINGGIT MALAYSIA )
Alhamdulillah saya betul-betul telah menjadi seorang  JUTAWAN...AMIN YA RABBA ALAMIN.

01 Disember 2009


Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Satu ketika seorang lelaki sedang berjalan di tanah yang gersang, tiba-tiba dia terdengar satu suara di sebalik awan yang memerintahkan awan supaya menurunkan hujan di dalam kebun si fulan bin si fulan sahaja, lalu hujanpun turunlah sebagaimana yang diarahkan, setelah lelaki tersebut sampai di dalam kebun yang baru disirami hujan itu, lalu dia bertanya kepada tuan kebun tersebut. Siapakah nama kamu ?. Jawab tuan kebun itu: Namaku ialah nama yang telah kau dengar di sebalik awan tadi. Tanya lelaki itu lagi :Apakah yang telah engkau lakukan selama ini sehinggakan Allah SWT memerintahkan hujan hanya turun di dalam kebunmu sahaja?. Jawab pemilik kebun itu: Setiap kali saya mendapat hasil tanaman, maka saya akan membahagikannya  kepada 3 bahagian, 1/3 pertama untuk saya makan bersama ahli keluarga, 1/3 lagi saya sedekah kepada yang berhak, dan 1/3 lagi saya jual untuk mendapatkan keuntungan dan modal pusingan.[Riwayat Muslim / Riyadussolihin hadis nombor 562]

;;