08 Februari 2010

      

Dari manakah datangnya kalimah ( الله ) ?. 
    Sebagaimana telah ditetapkan dalam kaedah bahasa bahawa "Sesuatu perkataan tidak akan wujud kecuali setelah wujud sesuatu yang telah diketahui sebelumnya. Perkataan ayam tidak akan wujud kecuali setelah wujudnya seekor ayam. Akal manusia tidak akan mengenali sesuatu yang mereka tidak mengentahui kewujudannya.
       Allah SWT adalah sesuatu yang ghaib dan kita tidak dapat melihatNya, tetapi bila disebut perkataan ( الله ) maka semua manusia di atas muka dunia ini mengentahui bahawa itu adalah nama Allah SWT, darimanakah datangnya pengentahuan ini ?, ia tidak lain melainkan keimanan kepada Allah SWT yang secara fitrah dan semulajadinya telah wujud di dalam diri setiap manusia.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 172:
واذ أخذ ربّك من بنى ادم من ظهورهم ذرّيتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربّكم قالوا بلى
Ertinya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: " Bukankah Aku ini Tuhanmu", mereka menjawab. " Betul Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi", 

        Lafaz  ( الله ) juga tidak pernah digunakan oleh sebarang makhluk untuk menamakan diri mereka dengan nama Allah ( الله ), manusia mempunyai kuasa dan pilihan untuk menamakan diri mereka dengan nama Allah
 ( الله ), tetapi perkara ini tidak pernah sekalipun terlintas dalam hati mereka untuk menamakan diri mereka dengan nama Allah( الله ). Inilah mukjizat kalimah Allah( الله ), Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan tetapi dia tidak pernah menamakan dirinya dengan nama Allah( الله ).

0 Comments:

Post a Comment