24 Disember 2009

Malay Mind...sekadar catatan santai


         Antara akiviti santai yang amat menyeronokkan yang selalu saya lakukan ialah saya mengambil sebuah buku catatan dan sebatang pen, lalu saya pergi ke Pekan Masjid Tanah dengan memandu kereta Volvo S70 atau dengan van Suzuki APV saya, sampai di sana saya akan parking kenderaan di beberapa tempat yang

tertentu yang saya suka, tempat itu amat seronok untuk kita duduk-duduk di dalam kereta sambil memerhati gelagak orang ramai melakukan aktiviti harian mereka.antara tempat yang selalu saya berhenti ialah: i- Jalan  Bank Islam Masjid Tanah, di situ ada deretan kedai menjual pakaian dan kedai nombor ramalan TOTO. ii-Jalan Pasar Besar Masjid Tanah. iii-Depan kedai MAGNUM. iv-Depan Family Stor, sambil menunggu isteri yang sedang membeli-belah. Apa yang selalu saya lakukan di situ ialah saya memerhati ,mencatat dan membuat penilaian sendiri terhadap apa yang sedang dilakukan oleh orang ramai di situ dan kemudian saya cuba membuat rumusan terhadap tahap minda orang melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam meneruskan kehidupan seharian mereka , antara hasilnya ialah :

1-Orang Melayu kurang cerdik dalam berbelanja.
       Orang melayu bila mereka pergi ke Pekan atau Bandar mereka selalunya membawa seluruh ahli keluarga mereka, dengan itu perbelanjaan mereka akan bertambah dengan sendirinya tanpa mereka sedari, apa yang sepatutnya mereka belanjakan hanyalah RM 20,00 telah bertambah menjadi RM.30.00 hingga RM 50.00 . kita akan geli hati dan tersenyum sendirian melihat mereka terlalu seronok melihat barangan dari satu kedai ke satu kedai,'Tawaf kedai ' adalah aktiviti wajib bagi sesetengah kaum ibu dan anak remaja mereka, mereka mudah diperdaya oleh pekedai semasa membeli-belah, sehinggakan adakalanya mereka terbeli barangan yang tidak mereka perlukan. , orang melayu malu untuk  menunjukkan mereka tidak mampu membeli-belah atau dikatakn mereka tidak berduit, mereka rela berhabisan demi kepuasan diri sendiri atau orang lain.
(Tajuk-tajuk di bawah akan menyusul di lain waktu.....)
2-Orang Melayu tidak profesional dalam perniagaan.
3-Orang Melayu leka dengan hiburan.
4-Orang Melayu terlalu berkira dalam membelanjakan wang bagi pendidikan anak-anak

0 Comments:

Post a Comment