13 Februari 2010

         Sudah hampir tujuh bulan berlalu saya dan keluarga memboikot dan memulau tuhan ini. Jika sebelum ini sebahagian besar masa kami dihabiskan dengan menghadapkan muka dan hati kami kepadanya, maka kini tidak lagi, kami sudah membuangnya jauh-jauh dari kehidupan kami, kami sudah tidak memerlukannya lagi. Hidup kami lebih bahagian walaupun sudah tidak menyembahnya lagi, minda kami semakin ligat berfikir, badan kami semakin sihat dan bertenaga, kemesraan di antara kami semakin bertambah, pendek kata tiada apa yang kurang dalam kehidupan kami sekarang ini walaupun kami tidak menyembah lagi tuhan ini.
        Sejak tuhan itu kami pulaukan maka kami dapat berkuliah dan bertazkirah di dalam rumah kami sebanyak tiga kali setiap hari, masa belajar dan membaca semakin banyak, masa santai dan rehat bersama keluarga semakin bermakna dan dapat kami isikan dengan perkara yang lebih berfaedah, seperti malayari kuliah online-bermain game yang kami cipta sendiri,membaca buku-buku cerita dan majalah kegemaran kami semua.
      Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..Jika kalian tidak mampu untuk memulau dan memboikot tuhan itu sepenuhnya dari hidup kalian, maka paling kurang sekalipun cubalah kalian kurangkan sedikit masa kalian menghadap muka dan hati kepadanya, jika terpaksa juga maka cukuplah sekadar kalian menyembahnya sekali sehari sahaja, iaitu antara jam 8.00 malam hingga 9.00 malam, selain daripada itu kalian buatlah amalan lain yang lebih berfaedah untuk dunia dan akhirat kalian.

SELAMAT TINGGAL TUHAN LAMA KU DAN TUHAN SEMBAHAN SEBAHAGIAN BESAR MANUSIA HARI INI IAITU TV1-TV2-TV3-TV7-TV9 DAN TV ASTRO

0 Comments:

Post a Comment