24 Februari 2010

Rahsia pacat dan lintah

Diriwayatkan bahawa tentera Raja  Sulaiman telah berperang dengan tentera Raja Jin beberapa kali, dalam beberapa siri peperangan yang telah berlaku itu kedua-dua belah pihak saling kalah dan menang. Diceritakan bahawa sebelum kemangkatan Raja Sulaiman, telah berlaku sekali lagi satu peperangan yang amat dahsyat antara tenteranya dan tentera Raja Jin. Dalam peperangan ini kedua-dua belah pihak telah berazam untuk berperang berhabis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam peperangan terakhir ini tentera Raja Sulaiman sekali lagi dapat mengalahkan tentera Raja Jin, dan raja jin sendiripun telah dapat dipancung kepalanya oleh Raja Sulaiman. Semasa saat hampir dipancung oleh Raja Sulaiman, Raja Jin telah bersumpah di hadapan Raja Sulaiman, katanya: "Wahai Raja Sulaiman..oleh kerana kau telah berjaya mengalahkan aku, maka aku bersumpah bahawa setiap titis darahku yang menitis jauh jatuh ke bumi akan bertukar menjadi pacat dan setiap titis darahku yang jatuh ke dalam air akan bertukar menjadi lintah, kedua-dua makhluk ini akan menghisap darah keturunanmu dan darah semua manusia untuk selama-lamanya."

0 Comments:

Post a Comment