04 Februari 2010

Rahsia ketawa dan menangis


( Sila lihat yang baik-baik sahaja)
Firman Allah SWT dalam surah An-Najmu ayat 43

[ وانّه هو أضحك وأبكى] 
Ertinya : Dan hanya Allah yang menjadikan kamu ketawa dan menangis.

      Kebanyakan daripada kita yang membaca ayat ini hanyalah dengan sekadar lalu begitu sahaja tanpa kita mengkaji rahsia di sebaliknya, sedangkan dalam ayat inilah tersembunyinya kehebatan penciptaan Allah SWT yang boleh menambahkan keyakinan dan keimanan kita terhadap kekuasaan Allah SWT.
              Sesungguhnya ketawa dan menangis adalah anugrah daripada Allah SWT untuk semua makhluknya ,tak kiralah di mana sahaja mereka berada, namun gaya ketawa dan gaya menangis mereka tetap sama, tak kiralah sama ada orang itu keturunan Afrika, Amerika atau Australia sekalipun, namun apabila mereka ketawa atau menangis, maka kita orang asia akan dapat memahami bahawa dia sedang ketawa atau menangis. Jika ketawa dan menangis bukan daripada Allah SWT, maka kita pasti tidak dapat memahami gaya orang Jepun  menangis atau orang gaya orang Rusia yang sedang ketawa.
             Menangis yang di buat-buat juga membuktikan kekuasaan Allah SWT. iaitu kita secara semula jadi dapat membezakan jika seseorang itu sedang ketawa secara semula jadi atau  dia sedang buat-buat. Itulah kehebatan Allah SWT yang sepatutnya kita sedari dan syukuri, sesungguhnya Allah SWT telah menganugrhkan kepada kita dua nikmat yang amat berharga iaitu nikmat ketawa dan menangis .Alhamdulillah

0 Comments:

Post a Comment