19 Disember 2009

Kita mudah Lupa diri?



Asal-usul kejadian:
      Saya dan kamu semua adalah sejenis makhluk Allah SWT yang dicipta dari setitis air mani yang hanyir yang dipancutkan oleh seorang lelaki ke dalam rahim seorang wanita, di situ kita bertukar dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, dari air mani yang hanyir menjadi segumpal darah, dari segumpal darah menjadi seketul daging, kemudian dijadikan tulang-tulang yang diseliputi dengan daging dan seterusnya menjadi seorang manusia yang bernyawa. Kita berada di dalam dunia yang gelap selama sembilan bulan, di situ pelbagai angan-angan yang ingin kita lakukan jika kita dikeluarkan dari dunia gelap itu ke dunia yang terang nanti,



Lupa diri:   
Setelah kita berada di dunia nyata kita lupa diri, kita lupa asal usul kejadian, lupa Pencipta dan lupa orang berusaha untuk melahirkan kita ke dunia ini. kita hanya bermegah-megah dengan kelebihan dan kesempurnaan yang ada pada diri kita sendiri sahaja, sedangkan semuanya adalah pemberian sementara sahaja, suatu ketika nanti pasti ianya akan hilang daripada kita. Rupa yang tampan akan menjadi tua dan berkedut, rambut yang hitam akan menjadi putih dan botak, gigi yang penuh akan menjadi rongak. kulit yang gebu akan berkedut seribu. itulah kita sebenarnya, kita adalah makhluk yang dicipta untuk tempoh yang singkat sahaja. tempoh expire date kita tak lama lagi..tunggu dan lihatlah.


Kesudahannya:
Yang pasti kita semua akan mati, seterusnya kita akan menjadi bangkai, membusuk dan hanyir di dalam kubur, kebusukkan bangkai manusia adalah melebihi busuknya bangkai haiwan.Badan kita yang cantik dan gagah perkasa semasa hidup ini amat dinanti-nantikan oleh sekumpulan ulat-ulat di dalam kubur nanti.kita adalah hidangan yang lazat dan sedap bagi mereka.
Apa yang sepatutnya kita buat?
Hiduplah sekadar yang sepatutnya, carilah razeki Allah yang halal-halal sahaja ,dan belanjakanlah ia pada jalan yang halal lagi baik, Kehidupan kita hari ini janganlah bertentangan dengan syariat Allah SWT dan sunnah Rasulullah saw. Jangan sekali-kali kita menyusahkan orang lain, jangan juga kita menyusahkan semua makhluk Allah SWT yang selain daripada manusia. Tunaikan suruhan Allah sekadar yang mampu, hindari laranganNya sebaik mungkin, serulah kepada kebaikan dan perangilah semua kemungkaran, semoga kita tidak di dikategorikan sebagai seorang hamba yang mendurhakai Allah SWT.Amin ya Rabba Alamin.

0 Comments:

Post a Comment