01 Disember 2009

Formula hebat dapat menyuburkan tanaman


Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Satu ketika seorang lelaki sedang berjalan di tanah yang gersang, tiba-tiba dia terdengar satu suara di sebalik awan yang memerintahkan awan supaya menurunkan hujan di dalam kebun si fulan bin si fulan sahaja, lalu hujanpun turunlah sebagaimana yang diarahkan, setelah lelaki tersebut sampai di dalam kebun yang baru disirami hujan itu, lalu dia bertanya kepada tuan kebun tersebut. Siapakah nama kamu ?. Jawab tuan kebun itu: Namaku ialah nama yang telah kau dengar di sebalik awan tadi. Tanya lelaki itu lagi :Apakah yang telah engkau lakukan selama ini sehinggakan Allah SWT memerintahkan hujan hanya turun di dalam kebunmu sahaja?. Jawab pemilik kebun itu: Setiap kali saya mendapat hasil tanaman, maka saya akan membahagikannya  kepada 3 bahagian, 1/3 pertama untuk saya makan bersama ahli keluarga, 1/3 lagi saya sedekah kepada yang berhak, dan 1/3 lagi saya jual untuk mendapatkan keuntungan dan modal pusingan.[Riwayat Muslim / Riyadussolihin hadis nombor 562]

0 Comments:

Post a Comment