31 Disember 2011

KUALA LUMPUR, 31 Dis[TMI] — Tuntutan dan permintaan untuk akauntabiliti buat rakyat Malaysia pada tahun ini merupakan sejarah terbesar negara, dan belum disaksikan perkara seperti pada tahun-tahun sebelumnya.Disebabkan itu, The Malaysian Insider telah memilih beberapa individu daripada kalangan peguam, pemberi maklumat, mahasiswa, dan kakitangan awam sebagai rakyat yang paling menyerlah untuk tahun ini.
Mereka adalah Pengerusi Bersih 2.0. Datuk Ambiga Sreenevasan, mahasiswa yang menuntut kebebasan akademik, pemberi maklumat Pusat Fidlot nasional (NFC) dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Walaupun terdapat beberapa lagi senarai personaliti yang menjadi tajuk utama berita pada tahun ini, kami percaya empat orang wakil ini telah memberikan impak kepada rakyat Malaysia yang semakin berkembang menjadi masyarakat yang bukan lagi hanya mendengar dan percaya.

Tanpa dibelakangi fahaman politik, sama ada kami menyokong Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat(PR), rakyat Malaysia sendiri pada masa kini menjadi pemilik mutlak negara ini.
Mereka ini merupakan empat orang yang kami rasakan terbaik untuk mewakili perubahan yang sedang dialami negara :
Datuk Ambiga Sreenevasan
Seorang peguam dan kemudiannya berubah seorang aktivis, simbol transformasi negara yang bersia 55 tahun ini telah menjadi tajuk utama dunia apabila beliau mengetuai 62 badan bukan kerajaan dan ribuan masyarakat kelas pertengahan untuk berarak di tengah bandar tanpa mengira warna kulit, umur, bagi menuntut kebebasan dan pilihanraya yang bersih, adil, yang menyaksikan kira-kira 11,000 anggota polis menembak gas pemedah mata dan meriam air dalam demonstrasi terebut.
Demonstrasi pada 9 Julai itu mendapat liputan meluas daripada media dan menerusi saluran online seperti Facebook, twitter, dan media sosial lain telah dipancarkan di seluruh dunia bagi menuntut perubahan dalam pentadbiran Najib, yang dikritik mengamalkan undang-undang autoritarian.
Atas desakan dari seluruh dunia menyaksikan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman bersejarah pada 15 September apabila memansuhkan akta Drakonian, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mewujudkan dwipartisan panel Parlimen untuk  menyemak semula sistem pilihan raya di negara ini.
Jawatankuasa Khas yang dibentuk kemudiannya telah melakukan beberapa perubahan untuk pilihan raya akan datang  termasuk penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundi hantu. Kerajaan juga turut dilihat mula melakukan transformasi dan perubahan dengan menyemak semula beberapa peruntukan undang-undang dan polisi negara.
Mahasiswa
Lanjutan kesedaran yang dibawa bersih 2.0 kemudiannya diteruskan apabila negara menyaksikan golongan mahasiswa tampil melakukan demonstrasi bagi menuntut kebebasan akademik.
Mereka memanfaatkan keputusan perbicaraan mahkamah pada 31 Oktober apabila Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghalang mahasiswa daripada mengambil bahagian dalam politik bertentangan dengan Artikel 10 perlembagaan, yang membenarkan kebebasan bersuara.
Kerajaan kemudiannya cuba membuat rayuan ke atas keputusan mahkamah tersebut dan sekarang sedang diuji oleh aktivis mahasiswa, Adam Adli, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI) apabila telah menurunkan kain rentang wajah Najib ketika demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) pada 17 Disember.
Insiden berkenaan telah mencetuskan api kemarahan mahasiswa di insititusi peghajian tinggi awam (IPTA) Malaysia apabila mereka melancarkan demonstrasi yang sama menyokong kerajaan. Adam Adli berkata dalam temu ramah baru-baru ini berkata, “Mahasiswa bukan bodoh. Mereka nampak, mereka belajar, mereka dapat pengetahuan dan mereka bersedia membina negara yang lebih baik. Saya percaya lebih ramai yang akan tampil,” katanya
Pemberi maklumat Pusat Fidlot Nasional (NFC)
PKR dilihat mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan pelbagai dakwaan terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya dalam kes skandal kandang lembu mungkin disebabkan beberapa sumber yang telah memberikan maklumat tentang salah laku terhadap skandal berkenaan.
Suami Shahrizat (gambar kanan), yang juga Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail mengaku menggunakan duit rakyat untuk membeli dua unit kondominium dengan menyataka itu adalah sebagai pelaburan tapi terlupa dana brkenaan sebenarnya untuk puat ternakan lembu.
Dia turut menyalahkan dua bekas kakitangannya melakukan sabotaj terhadap syarikat tapi tidak menamakan mereka. PKR juga enggan mengemukan nama sumber berkenaan atas alasan tindakan itu akan membahayakan keselamatan mereka.
Pihak berkuasa, Polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap skandal berkenaan.
Sama ada ianya benar satu tindakan membalas dendam seperti dakwaan Mohamad Salleh, atau sebaliknya, pemberi maklumat berkenaan merupakan seorang yang berani dan mengambil risiko dengan mendedahkan maklumat melibatkan pemimpin kanan kerajaan Barisan Nasional. Mereka bukan terpaksa melakukannya, tapi mereka ingin melakukan pendedahn tersebut.
Tan Sri Ambrin Buang
Ketua Audit Negara (gambar kiri) ini pasti akan terus diingati kerana mengeluarkan Laporan Audit Negara 2010 dengan skandal terbesar untuk tahun ini apabila menyatakan keluarga Datuk Seri Shahrizat  telah menimbulkan kekacauan dalam projek penternakan negara. Skandal ini juga membuktikan NFC menggunakan sumber kerajaan melalui pinjaman mudah sebanyak RM250 juta.
Tahun demi tahun sejak 2006 menyaksikan, kakitangan awam ini melakukan tugasnya menyemak akaun kerajaan dan menyaksikan jutaan ringgit duit rakyat dibazirkan kerajaan.
Tahun demi tahun juga menyaksikan pembangkang turun ke padang membawa laporan pembaziran dan penyelewengan dana berkenaan sementara kerajaan berterusan mengabaikan cadangannya supaya menampal kebocoran tersebut.
Dalam temu ramah bersama The Malaysian Insider, Ambrin mengaku dirinya “kecewa”, tapi turut menyatakan penambah baika sedang berlaku.
Pentadbiran Najib jelasnya baru-baru ini telah melantiknya untuk menjadi jawatankuasa eksekutif dalam projek infrastruktur terbesar negara yang bernilai RM56 bilion, Projek Transit Rapid Massa (MRT) Lembah Klang untuk memastikan projek berkenaan akan menjadi lebih telus. ia merupakan Ketua Audit pertama mendapat tawaran tersebut.

0 Comments:

Post a Comment