13 Oktober 2010

Ruginya kamu


Astaghfirullahuazimmmm....Ruginya sesiapa yang tidak memiliki kebolehan berbahasa arab untuk memahami ayat ayat al-quran dan hadis-hadis rasulullah saw.  Alhamdulillahhhh...seronoknya saya kerana telah diberi sedikit ilmu oleh Allah SWT sehingga saya dapat memahami bahasa al-quran, dengan itu setiap malam saya akan membaca al-quran besar yang diletakan di hadapan semasa solat tahajjud dan witir. Semasa sedang bersolat itulah saya merasakan seolah-olah saya sedang menonton filem hindustan, saya dapat panjat gunung, menuruni lurah, masuk ke dalam lautan, naik kereta api, berada di awan biru dan pelbagai lagi keadaan yang dapat saya lalui. Membaca al-quran dengan memahami makna dan maksudnya adalah satu pengembaraan yang aaaaamat menyeronokkan dan aaaaamat mengasyikkan. hanya dengan dua rakaat tahajjud tiga rakaat witir pengembaraan saya telahpun sampai ke puncak langit yang ke tujuh dan saya juga berjaya menembusi seluruh lapisan bumi, malahan saya juga boleh sampai ke timur-barat selatan dan utara hanya dengan menyusuri ayat-ayat Allah SWT

"Ya Allah  aku amat mensyukuri nikmat Mu yang amat berharga ini"

"Ya Allah berikanlah nikmat yang sedang ku rasai ini kepada semua umat islam.. bukakanlah pintu hati mereka untuk mempelajari bahasa arab bagi memahami kitab Mu al-quran yang amat mulia...Aminnn Ya Rabba Alamin".

0 Comments:

Post a Comment