21 Oktober 2010

Kenapa mama makan..? haru-biru dibuatnya

Hari ini anak bungsu saya ini melihat-lihat album lama keluarga kami,dalam album tu gambarnya masih belum ada lagi, kerana semasa dikumpul gambar tu dia belum lahir , kerana itu dia semacam marah dan kecewa lalu terus bertanya mamanya: Mama kenapa gambar adik tiada dalam album ni ?. Mama dia pun jawablah dengan berkias dan berlapik: Pada masa tu adik belum lahir lagi, adik masih berada dalam perut mama...
Apa lagi setelah didengar yang dia pernah berada di dalam perut mamanya..huaaa.huaaa...huaaa terus dia menangis sekuat-kuatnya
.Kenapa mama makan adik? ..kenapa mama makan adik ?...kenapa mama makan adik?...berkali-kali ditanya soalan itu sambil meronta-ronta...hampir 10 minit menangisnya..kami sekeluarga jadi serba salah..setelah difikir dan diberi jawapan yang lain baru dia berhenti daripada menangisnya.

0 Comments:

Post a Comment