25 Oktober 2010

Hukum minum air kencing unta

Soalan

Assalamualaikum kepada ahli panel yang dihormati…
saya terbaca dalam buku ensiklopedia solat dari pustaka imam syafii yangg mengatakan air kencing unta boleh diminum berdasarkan sebuah hadis cakap bahawa nabi benarkan ( saya tak ingat matan hadis tapi muttafaqun alaih ) mohon penjelasan tentang hukum ini adakah ia boleh diminum dan adakah dikira tak najis kalau disentuh ? atau hadis ini untuk situasi darurat sahaja
syukran…

Jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari #2855, Muslim #1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.
Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].
Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”
Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA.
Sekian, wassalam( http://soaljawab.wordpress.com)
al-ahkam 


Kencing Unta, RM82 Untuk 250ml

24 October 2010



Seorang pekerja penternakan unta menunjukkan air kencing unta yang akan dijualnya. Kencing unta sekitar 250ml dijual dengan harga 100 riyal atau sekitar RM82.Selain susu dan dagingnya, kini kencing unta banyak dicari orang. Katanya kencing unta boleh dijadikan ubat pelbagai jenis penyakit. Kencing yang ada khasiat ialah kencing dari unta Badwi yang dipanggil Najeeb dan bukannya Najib Rosmah ek!Aik!...( http://www.ek-ele.co.cc/)

 

0 Comments:

Post a Comment