20 Oktober 2010

Ciri-ciri pemimpin yang baik..


Ali Khamenei jelajah Iran minta para ulama sokong Ahmadinejad
 
TEHRAN 19 Okt. - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memulakan lawatan 10 hari ke bandar suci Qom dalam usaha untuk membawa ulama-ulama kanan kepada arus sistem polisi negara yang memerintah sekarang.
Lawatan itu sebagai bukti jelas bahawa Ali Khamenei mahu agar barisan para pemimpin agama negara itu bersatu ketika Iran menghadapi tekanan serius antarabangsa ke atas program nuklear negara berkenaan.
Ali Khamenei, yang menjadi kata pemutus bagi semua urusan dalam negara Iran mahu seluruh rakyat menyokong Presiden Mahmoud Ahmadinejad setelah berlalu pertikaian pada pilihan raya tahun lalu.
Tetapi ramai ulama kanan di Qom tidak memihak kepada Ahmadinejad, sebaliknya semakin lantang mengkritik kerajaan.
Dalam ucapan sulongnya semalam Khemenei memberitahu para ulama di Qom yang mereka perlu memberi sokongan kepada para pemimpin terutama Ahmadinejad. - APa

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Pemimpin Yang Baik Dan Pemimpin Yang Buruk
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

 
Riwayat Muslim


 
Huraian
1. Setiap pemimpin hendaklah merapatkan hubungan dengan rakyat jelata supaya tidak berlaku keadaan benci-membenci di antara satu sama lain
2. Islam melarang umatnya menentang pemimpin sekalipun pemimpin tersebut melakukan kesilapan atau kesalahan selagi mana ia mendirikan sembahyang sebagai bukti ia masih lagi Islam.
3. Salah satu daripada tanda-tanda keadilan seorang pemimpin ialah wujudnya ikatan kasih sayang dan kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat dan di kalangan pemimpin itu sendiri.
Himpunan hadis harian JAKIM
(http://ii.islam.gov.my/hadith/)

0 Comments:

Post a Comment