13 Oktober 2010

Anak saya dah kata BOLA SEPAK tu haram


HARAM minat BOLA








 

Fakta 1
Sejarah penciptaan Bola Sepak adalah diciptakan oleh orang Yahudi dengan niat untuk menghinakan cucu Rasulullah saw Syaidina Husin Bin Ali yang telah dipancung kepadanya olen pemberontak Syiah( Bukan tentera Yazid bin Muawiyah). Setelah kepala Syaidina Husin dipotong, mereka menendang-nendang kepalanya ke sana ke sini bagaikan bola.

Fakta 2

perhatikan ejaan B-O-L-A

B-buat
O-orang
L-lupa
A-Allah

Fakta 3

Dalam bahasa Kelantan BOLA ertinya jangan buat lagi
BO- sudahla/ jangan
LA-la/lagi

Alfatihah Buat Penyokong Bola Sepak Negeri Tok Guru

(http://tunhisyamuddin.blogspot.com)
Memang semangat bola betul. Takpe la mati kat Stadium, bukannya mati kat dalam disko atau rumah urut. Al-Fatihah buat arwah
Penyokong Kelantan meninggal dunia selepas menonton bola
Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam
SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.
Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.
"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.
"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.
Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

0 Comments:

Post a Comment