DAN INGATLAH HARI KETIKA MUSUH-MUSUH ALLAH DIGIRING KE DALAM NERAKA LALU MEREKA dIKUMPULKAN SEMUANYA.
APABILA SAMPAI KE NERAKA, PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN KULIT MEREKA MENJADI SAKSI TERHADAP MEREKA TENTANG APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN.
DAN MEREKA BERKATA KEPADA KULIT MEREKA " MENGAPA KAMU MENJADI SAKSI TERHADAP KAMI " KULIT MEREKA MENJAWAB: "ALLAH YANG MENJADIKAN SEGALA SESUATU PANDAI BERKATA-KATA DAN DIA TELAH MENJADIKAN KAMI PANDAI BERKATA-KATA JUGA, DAN DIA LAH YANG MENCIPTAKAN KAMU PADA KALI YANG PERTAMA DAN HANYA KEPADA-NYA-LAH KAMU DIKEMBALIKAN.
KAMU SEKALI-KALI TIDAK DAPAT BERSEMBUNYI DARI PERSAKSIAN PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN KULIT MU TERHADAP MU, BAHKAN KAMU SANGKA BAHAWA ALLAH TIDAK MENGENTAHUI KEBANYAKKAN DARI APA YANG KAMU KERJAKAN.
{ Surah Fussilat. Ayat 19-22}
Kenali hadis-hadis yang tidak diketahui asal-usulnya tetapi kita selalu mendengar ianya disampaikan oleh segolongan penceramah agama.
1-Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
Mengkritisi Kristen, Al-Azhar Larang Buku-Buku Ahmad Deedat di Cetak Ulang
Jumat, 26/03/2010 16:05 WIB
Apa yang telah dilihat dan diceritakan oleh Rasulullah saw mengenai mimpinya (Rujuk- Sahih Bukhari)


1-Hakikat Dajjal :
Dajjal adalah makhluk Allah yang zahir sama seperti manusia biasa, sifat-sifat utama Dajjal sepertimana yang kita sedia maklum daripada hadis-hadis rasulullah saw adalah seperti berikut, iaitu Dajjal adalah seorang lelaki yang kuat dan gagah, seorang yang buta sebelah matanya dan tertulis perkataan kafir antara kedua matanya, rambutnya kerinting, kulitnya berwarna kemerah-merahan. tutur katanya mempersona dan boleh manarik manusia kepada kebatilan yang dibawanya. Dajjal mengaku sebagai tuhan, ia datang dengan perilaku yang tidak sesuai dengan adat kebiasaan untuk menutup kebatilannya...sila rujuk kitab:( Kiamat kecil tanda-tanda kiamat besar.) karangan Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar .muka surat 180 - 217
Contoh pandangan yang salah tentang Dajjal
(klik tajuk untuk membaca seterusnya)
Sila rujuk kitab Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' Susunan DRS Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris Jilid 1

Pengenalan mazhab Muktazilah
Muktazilah adalah salah satu mazhab dalam ilmu aqidah yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir dan cuba melepaskan umat islam daripada belenggu taklid buta.
Pengasas mazhab ini bernama Wasil Bin Ata ( 80 - 180 hijrah) pada mulanya dia berguru dengan Hasan Al-Basri (23-110 hijrah) kemudian menyisihkan diri lalu berpisah daripada gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya dalam masalah orang islam yang melakukan dosa. Pada suatu hari ketika Imam Hasan Al-Basri sedang mengajar di masjid, tiba-tiba seorang pendengar bertanya : Apakah hukum orang yang melakukan dosa besar dan mati sebelum ia bertaubat?. Belumpun sempat gurunya memberi jawapan, Wasil terlebih dahulu berkata : Bahawa orang itu bukan mukmin dan bukan kafir, tetapi di tengah-tengah di antara keduanya. Sedangkan gurunya berpendapat bahawa manusia itu ada tiga macam: Mukmin, kafir dan munafik.
Setelah berlaku perselisihan faham tersebut Hasan Al-Basri telah menghalau muridnya itu dan tidak membenarkannya mengikuti pengajarannya lagi sambil berkata Wasil telah mengasingkan diri (iktizal) daripada kita, dan daripada perkataan inilah diambil perkataan Muktazilah yang menjadi nama golongan ini. selepas itu Wasil membuat pengajaran sendiri dan mendapat pengikut yang ramai pula.
Fahaman Muktazilah:
1-Tuhan tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segalanya dengan zatNya sahaja.
2-Tuhan itu bersifat adil dan mesti membalas baik kepada orang yang membuat baik demikian juga sebaliknya.
3-Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendaknya.
4- Tuhan wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik.
5-Al-Quran itu baharu dan bukan qadim.
6-Tuhan tidak dapat dilihat oleh manusia baik di dunia mahupun di akhirat kelak.pendapat mereka berdasarkan firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 143
( قال ربّ أرنى أنظو اليك قال لن ترانى )
Maksudnya: (Nabi Musa bermohon kepada Tuhan) Wahai Tuhan ku, perlihatkanlah Zat engkau kepada ku supaya aku dapat menlihat Engkau, jawab Allah " Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku".
Mereka juga berpegang pada satu lagi ayat Allah dalam surah Al-An am ayat 103 yang bermaksud :
"Zat Allah itu tidak boleh dicapai oleh penglihatan sedangkan Allah mencapai penglihatan, dan Dia Maha lembut dan Maha perkasa."
Jasa Muktazilah:
Mazhab Muktazilah adalah yang mula-mula mencipta ilmu kalam dalam islam. Mereka yang pertama menggunakan senjata musuh dalam mempertahankan kesucian aqidah islam dengan mengambil ilmu-ilmu falsafah dan mantiq daripada orang-orang Yahudi,Nasrani dan Majusi. keadaan ini berlaku kira-kira awal kurun kedua hijrah. Wasil bersama rakan-rakannya telah bergiat menentang hujah-hujah musuh dengan menggunakan senjata mereka itu sendiri untuk menikam mereka. tegasnya jasa Muktazilah sangat besar dalam mempertahankan kesucian islam di abad yang silam.
[Ini adalah petikan daripada kuliah subuh yang telah saya sampaikan di surau 6 Mac 2010]
PERKARA PELIK NI BETUL-BETUL BERLAKU DALAM SALASILAH KELUARGA SAYA, IA BERMULA DENGAN SATU PERKAHWINAN YANG PELIK, IAITU:
1-ATOK MAK SAYA YANG BERNAMA "MAT DAHAN" BERKAHWIN DENGAN IBU MERTUA MAK SAYA IAITU NENEK SAYA SEBELAH BAPA YANG BERNAMA "ROKIAH".
2-APAKAH STATUS NENEK SAYA SEBELAH BAPA DENGAN SAYA.?
3-APAKAH STATUS MAT DAHAN TU DENGAN SAYA?
4-APAKAH STATUS IBU SAYA DENGAN MAT DAHAN?
5-APAKAH SAYA MEMPUNYAI 3 DATUK SERENTAK
Himpunan kata-kata hikmah dan nasihat bijak pandai yang sempat saya kumpul semenjak zaman saya belajar dahulu
1-Zu Nun Al Misri
Jangan kamu bersahabat dengan Allah kecuali kamu bersetuju denganNya
Jangan kamu bersahabat bersama makhluk kecuali kamu selalu menasihatinya
Jangan kamu bersahabat dengan nafsu kecuali kamu berselisih dengannya
Jangan kamu bersahabat dengan syaitan kecuali kamu berperang dengannya
2-Abu Yazid Al-Bastami
" Sesiapa yang tidak berguru maka gurunya adalah syaitan "
3-Syaidina Ali Karramallahuwajhah
Hakikat taqwa ialah:
" Life begin at fourty " adalah falsapah orang puteh, adapun bagi kita umat islam kemuncak kehidupan kita adalah pada usia 33 tahun. Bermulanya Usia kita 1 hari dari hari kelahiran hingga ke 33 tahun adalah usia menaik dalam kehidupan seorang muslim, adapun bila bermulanya bilangan usia dari 34 tahun hingga ke 66 tahun ia adalah usia menurun bagi seseorang muslim.
Dalam urusan kehidupan kita seharian maka kita mestilah berpandukan kepada kehidupan Rasulullah saw, jika Rasulullah saw wafat pada usia 66 tahun, maka 33 tahun adalah kemuncak daripada usianya, maka begitulah kehidupan kita hari ini ,usia 33 tahun adalah kemuncak kehidupan dan 66 tahun adalah usia kematian, bahkan jangka hayat kita hari lebih pendek daripada jangka hayat Rasulullah saw, faktor-faktor pendorong kepada kematian di zaman kita hari ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan faktor kematian di zaman Rasulullah saw. Ayuhlah kalian..Berubahlah dan sedarlah ...Jika ada sesiapa yang telah berusia melebihi 33 tahun, sesungguhnya anda telah matang dan sedang menuju ke usia tua, usahlah lagi anda berangan untuk menggatal pada usia 40 tahun, kerana pada saat itu sebenarnya anda telah tergolong dalam kategori warga tua dan malaikat maut mungkin sedang mengunjungi anda melebihi 70 kali dalam setiap hari.

Diriwayatkan bahawa tentera Raja Sulaiman telah berperang dengan tentera Raja Jin beberapa kali, dalam beberapa siri peperangan yang telah berlaku itu kedua-dua belah pihak saling kalah dan menang. Diceritakan bahawa sebelum kemangkatan Raja Sulaiman, telah berlaku sekali lagi satu peperangan yang amat dahsyat antara tenteranya dan tentera Raja Jin. Dalam peperangan ini kedua-dua belah pihak telah berazam untuk berperang berhabis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam peperangan terakhir ini tentera Raja Sulaiman sekali lagi dapat mengalahkan tentera Raja Jin, dan raja jin sendiripun telah dapat dipancung kepalanya oleh Raja Sulaiman. Semasa saat hampir dipancung oleh Raja Sulaiman, Raja Jin telah bersumpah di hadapan Raja Sulaiman, katanya: "Wahai Raja Sulaiman..oleh kerana kau telah berjaya mengalahkan aku, maka aku bersumpah bahawa setiap titis darahku yang menitis jauh jatuh ke bumi akan bertukar menjadi pacat dan setiap titis darahku yang jatuh ke dalam air akan bertukar menjadi lintah, kedua-dua makhluk ini akan menghisap darah keturunanmu dan darah semua manusia untuk selama-lamanya."
Dadu Jahiliah
Ini adalah doa mencari orang hilang, samada hilang lemas di dalam air atau di daratan dan di mana-mana sahaja.
a-Doa untuk mencari orang hilang di dalam air:
-Ambil 7 biji anak batu
-Berdiri di tempat orang hilang (lemas)
-Baca surah-surah berikut pada setiap anak batu:
batu 1 = Al-Fatihah 14 kali
batu 2 =Ayat kursi 7 kali
batu 3 =Al-Ikhlas 7 kali
batu 4 =Al-Falaq 7 kali
batu 5 = An-Nas 7 kali
batu 6 =Al-A'Raf ayat 13 7 kali
batu 7 = Doa Nabi Yunus
-Ambil kesemua 7 batu dan balingkan di tempat orang hilang(lemas)
b-Jika orang hilang di daratan, baca juga susunan ayat yang sama, cuma tidak perlu menggunakan 7 biji anak batu.[ Petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias dalam kuliyah.net]
Sudah hampir tujuh bulan berlalu saya dan keluarga memboikot dan memulau tuhan ini. Jika sebelum ini sebahagian besar masa kami dihabiskan dengan menghadapkan muka dan hati kami kepadanya, maka kini tidak lagi, kami sudah membuangnya jauh-jauh dari kehidupan kami, kami sudah tidak memerlukannya lagi. Hidup kami lebih bahagian walaupun sudah tidak menyembahnya lagi, minda kami semakin ligat berfikir, badan kami semakin sihat dan bertenaga, kemesraan di antara kami semakin bertambah, pendek kata tiada apa yang kurang dalam kehidupan kami sekarang ini walaupun kami tidak menyembah lagi tuhan ini.
Sejak tuhan itu kami pulaukan maka kami dapat berkuliah dan bertazkirah di dalam rumah kami sebanyak tiga kali setiap hari, masa belajar dan membaca semakin banyak, masa santai dan rehat bersama keluarga semakin bermakna dan dapat kami isikan dengan perkara yang lebih berfaedah, seperti malayari kuliah online-bermain game yang kami cipta sendiri,membaca buku-buku cerita dan majalah kegemaran kami semua.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..Jika kalian tidak mampu untuk memulau dan memboikot tuhan itu sepenuhnya dari hidup kalian, maka paling kurang sekalipun cubalah kalian kurangkan sedikit masa kalian menghadap muka dan hati kepadanya, jika terpaksa juga maka cukuplah sekadar kalian menyembahnya sekali sehari sahaja, iaitu antara jam 8.00 malam hingga 9.00 malam, selain daripada itu kalian buatlah amalan lain yang lebih berfaedah untuk dunia dan akhirat kalian.
SELAMAT TINGGAL TUHAN LAMA KU DAN TUHAN SEMBAHAN SEBAHAGIAN BESAR MANUSIA HARI INI IAITU TV1-TV2-TV3-TV7-TV9 DAN TV ASTRO
Pelikkan..Doktor Pakar jantung pun mati kerana sakit jantung. Doktor Pakar otak mati kerana barah otak. Doktor gigipun akan tertanggal giginya suatu hari nanti. Pakar penjinak ular akan mati kerana dipatut ular. Pencinta haiwan mati ditusuk oleh sengat pari yang dicintainya.
Jika kita melihat dalam pengurusan masa, maka kita akan dapati bahawa kita tidak berkuasa satu saat pun terhadap peredaran masa. Andainya datang seorang perompak ke rumah kita, bolehkah kita mengundurkan sedikit masa supaya kita boleh membuat persiapan untuk menalifon polis atau meminta bantuan daripada jiran-jiran terdekat. Jawabnya tidak-sekali-kali tidak. Kita tidak berkuasa terhadap apa-apapun sama ada terhadap diri kita sendiri atau terhadap orang lain.Tetapi kenapa kita selalu berlagak sombong terhadap sesama manusia dan adakalanya terhadap Allah SWT. Hubungan kita sesama manusia boleh dikatakan berada pada tahap memuaskan. Manakala hubungan kita dengan Allah SWT pula bolehlah pula dikatakan berada pada tahap separuh sedar. Adakalanya kita ingat dan takut kepada Allah SWT, dan adakalanya kita sahaja buat-buat lupa terhadap Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24
( Sila lihat yang baik-baik sahaja)
Firman Allah SWT dalam surah An-Najmu ayat 43
Cara-cara untuk mengelakkan kenderaan anda dari berlaku kemalangan di jalan raya ialah :
i-Sediakan air bersih dalam satu bekas
ii-Baca surah-surah berikut dan tiupkan kedalam bekas air tersebut:
a-Al-Fatihah 3x
b-Al-Ikhlas 3x
c-An-Nas 3x
d-Al-Falaq 3x
Setelah melakukan perkara di atas, siramkan air tersebut ke atas kenderaan anda mengikut cara berikut:
a-Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
b-Dari depan ke kiri
c-Dari kiri ke belakang.
d-Dari belakang pusing hingga ke tempat duduk pemandu.
Apabila anda lakukan seperti yang ditunjukkan di atas InsyaAllah kenderaan anda tidak akan mengalami kemalangan yang besar.
Perhatian:
Perkara ini hanyalah perlu dilakukan sekali sahaja pada awal pembelian kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh memulakannya dari sekarang. Cukup dengan sekali sahaja.
( Semoga diizinkan oleh Al-Ustaz Mohamad Awang)
Cerita ini telah diceritakan oleh Aisyah r.a
Sebelas perempuan sedang duduk bersama dan saling bercerita. Mereka sepakat untuk tidak menyembunyikan apa pun tentang suami mereka.
Perempuan pertama:
Suami saya seperti daging unta yang kurus yang berada dipuncak gunung(angkuh). Sulit untuk dijangkau (Tidak suka berbuat baik). Tidak ada jalan datar untuk sampai ke sana( berperangai buruk). Tidak ada pula lemak yang boleh diambil darinya( Tidak ada kebaikan yang boleh dimanfaatkan darinya)
Dewasa ini sebahagian besar penduduk dunia berada dalam kegelisahan dan kekosongan jiwa, tak kiralah sama ada mereka itu muslim ataupun musyrik, rata-rata hidup mereka terkejar-kejar mencari harta dan kekayaan di dunia yang fana ini. Sebahagian besar daripada manusia hari ini menyangka bahawa dengan memiliki sedikit daripada harta di dunia ini maka hidup mereka akan bahagia, lalu mereka mengejarnya siang dan malam ,tetapi bila sejumlah wang dan harta telah mereka perolehi, hati mereka tidak bahagia juga, malah mereka akan lebih tamak lagi untuk mencari wang dan harta seterusnya, sehinggakan mereka terlupa untuk menunaikan keperluan diri mereka sendiri.lalu usia mereka habis dan berlalu hanya dalam mengejar kebahagiaan yang tak pernah mereka capai sebenarnya.


Rasulullah saw melarang kita membunuh semut melainkan yang mengigit kita sahaja, Allah SWT juga telah memuliakan keturunan semut dengan menamakan salah satu daripada surah-surah di dalam kitabNya dengan nama semut, Nabi Allah Sulaimanpun pernah berintraksi dengan seekor raja semut. Tetapi kenapakah kita hari ini amat zalim terhadap segolongan hamba Allah yang bernama semut ini. Adakah kerana jasadnya yang kecil, maka kita membunuhnya sewenang-wenangnya, adakah kita tidak merasa berdosa di hadapan Allah SWT terhadap perbuatan kita itu, sedangkan setiap makhluk yang bernyawa adalah berharga di sisi Allah SWT, siapalah kita jika dibandingkan dengan seekor semut. Wahai kamu yang bernama Ali Bin Abu, adakah nama kamu tercatat di dalam al-Quran, pernahkah para nabi berintraksi dengan keturunan kamu?. Jawabnya: Kamu hanyalah makhluk Allah SWT yang selalu melakukan dosa dan maksiat,kamu adalah pembunuh yang paling zalim, sekali kamu membunuh semut bukan seekor, tetapi beribu-ribu ekor, kamu memnggunakan pelbagai racun untuk membunuh mereka. Wahai manusia yang zalim...sedarlah sesungguhnya setiap nyawa yang telah kamu bunuh pasti akan disoal dan diadili di hadapan Allah SWT di padang Mahsyar kelak. Bertaubatlah kepada Allah SWT, buangkanlah segala racun pembunuh serangga yang telah engkau beli dan sedia tersimpan di rumahmu itu...Bayangkan semut adalah kamu dan kamu adalah semut..apakah yang akan kamu rasa ????