14 Mac 2012

MASSACHUSETTS 13 Mac - Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard.
Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.
Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning berkata, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.
Menurutnya, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung.[sumber]

0 Comments:

Post a Comment