12 Mac 2012

KUALA LUMPUR 11 Mac – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.
Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.
Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.
Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.[sumber]

0 Comments:

Post a Comment