11 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 11 Mac [HD]: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) hari ini dihalang dari memasuki Sabah.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam ini.

"Saya tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45 tadi, tiba-tiba saya ditahan tanpa sebarang alasan.

"Saya diberitahu ianya arahan pihak berkuasa kerajaan negeri," katanya.


Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja.

"Yang lain semua boleh masuk kecuali saya seorang sahaja yang ditahan," katanya yang kini ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu.

Beliau mendakwa dihalang masuk di bawah seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959.

Beliau memaklumkan akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya.

0 Comments:

Post a Comment