22 Mac 2012

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak pandangan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat yang mengatakan aktiviti militan juga membantu mengembangkan ajaran Islam.

NONESebaliknya, felo pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), itu berkata, tindakan militan memberi tanggapan buruk apabila kajian menunjukkan sebanyak 75 peratus rakyat Amerika dan Eropah mempunyai gambaran yang salah tentang Islam dan isu terrorisme.

"Walaupun ada yang mengkaji Islam disebabkan mereka, tetapi salah faham terhadap Islam jauh lebih besar telah berlaku.

"Adakah itu pasaran yang baik?," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini semalam.

Menurut Dr Mohd Asri, media Barat juga berjaya memberikan gambaran buruk tentang Islam disebabkan tindakan militan.

NONEYazid, 48, ketika diwawancara berkata, beliau mempunyai jawapan yang mudah berhubung pembunuhan sesama manusia yang berlaku pada 11 September 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York.

"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi iman mereka, kepercayaan mereka terhadap keesaan Allah adalah benar.

"Jika mereka membuat kesilapan, mungkin dalam pelaksanaan, dan insyaAllah, Allah akan mengampunkan mereka," kata Yazid.


us global diplomacy 070706 iraq war tank childrenDr Mohd Asri berkata lagi, terdapat dua golongan yang berperang bagi menentang bukan Islam.

Pertama, katanya, golongan yang berperang untuk menghalau musuh daripada bumi Islam seperti yang berlaku di Iraq atau Palestin.
Jelasnya, golongan itu, berperang bagi memperjuangkan kemerdekaan bumi yang dijajah.

"Golongan kedua pula ialah mereka yang memberikan gambaran salah kepada dunia mengenai Islam.

"Perbuatan golongan yang melakukan keganasan di bumi yang aman atau menyerang orang awam yang tidak melibatkan peperangan adalah salah di sisi ajaran Islam,” katanya.
Yazid dalam wawancanya itu, walau bagaimanapun menafikan dirinya seorang pengganas, walaupun menurut PBB, Yazid pada bulan Oktober 2001 pernah bertemu dengan Zacarias Mousaoui.

september 11 2001 wtc attack 911Zacarias pada tahun 2006 dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana kesalahan merancang serangan 9/11.

Yazid ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa dalam  pulang dari Afghanistan di sempadan Thailand-Malaysia, pada bulan Disember 2001. Beliau ditahan sekurang-kurangnya tujuh tahun di Kamunting, Perak. Daripada tempoh tahanan itu, lima tahun adalah kurungan di bilik seorang diri.

Pada kejadian 11 September 2001itu, bukan sahaja Pusat Dagangan Dunia di New York diranapkan, tetapi Pentagon turut diserang manakala beberapa pesawat dirampas dan diletupkan.Tidak kurang 3,000 nyawa melayang.[MK]

0 Comments:

Post a Comment