10 Mac 2012

Lima kaki judi Aceh dirotan enam kali di khalayak ramai


ACEH 10 Mac - Lima lelaki Indonesia semalam dirotan di khalayak ramai selepas mahkamah di sini mendapati mereka bersalah kerana terlibat dalam kegiatan berjudi.


Pendakwaraya, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki terbabit dirotan sebanyak enam kali seorang selepas Mahkamah Langsa mendapati mereka terlibat dalam judi loteri.
"Kesemua mereka dirotan kerana melanggar undang-undang syariah yang melarang perbuatan berjudi," katanya. - AFP

0 Comments:

Post a Comment