16 Mac 2012

KUALA LUMPUR 15 Mac [sini]- Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik di negara ini menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi dengan matlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui pemimpin Islam adalah haram.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu juga tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.

Ini kerana menurut beliau, dibimbangi kerjasama serta campur tangan tersebut yang menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah parti itu sanggup mengikut apa sahaja arahan yang diberi, bakal mendatang ancaman kepada keselamatan negara.
"Kita diharuskan bekerjasama dengan Yahudi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi jika kita dominan. Tapi jika ia bermatlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Islam, sehingga kita sanggup akur dengan mereka, ia dengan jelas haram.

0 Comments:

Post a Comment