10 Januari 2011




Penduduk Algeria yang mengadakan tunjuk perasaan membaling batu ke arah polis antirusuhan semasa berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan di daerah Belcour di tengah bandar Algiers, kelmarin. - AFP


Untuk memperbetulkan keadaan seperti kenaikan harga barangan dan kebobrokan sistem pemerintahan hari ini,  rakyat Malaysia cuma memerlukan sedikit kebijaksanaan sahaja iaitu mereka mesti memangkah pihak yang betul semasa pilihan raya nanti. Mereka perlu  membentuk barisan pembankang yang kuat atau jika perlu tukar terus kerajaan yang korup. Rakyat Malaysia terkenal sebagai manusia beradab dan berhemah tinggi, jadi mereka tidak perlulah merusuh dan memberontak seperti rakyat luar negara. Bertindaklah dalam suasana bijak dan aman. manfaatkanlah sistem demokrasi yang sedia ada. itu sahaja

 

Penduduk Algeria dan Pakistan merusuh ekoran kenaikan harga barangan

ALGIERS 9 Jan. - Kerajaan Algeria akan menurunkan kos ke atas beberapa makanan utama hari ini bagi menamatkan rusuhan selama empat hari berpunca daripada kenaikan harga barangan, yang telah meragut dua nyawa dan ratusan lagi cedera.
Beberapa tunjuk perasaan diadakan di dua bandar di Kabylie di kawasan timur Algiers dan Menteri-menteri bertemu untuk membincangkan langkah untuk menyelesaikan masalah itu.
Sebagai reaksi pertama ekoran rusuhan paling buruk di Algeria itu, kerajaan akan memotong duti import dan cukai gula dan minyak masak bagi membendung kemarahan rakyat.
Algeria yang merupakan negara pengeksport gas asli keempat terbesar di dunia berhadapan konflik selama hampir dua dekad antara angkatan bersenjata kerajaan dan pemberontak Islam yang telah menyebabkan kira-kira 200,000 orang terkroban.
Namun, menurut penganalisis, rusuhan kali ini dijangka tidak akan melarat kerana Algeria mempunyai pembangkang yang lemah dan dengan pertukaran asing yang besar sebanyak AS$150 bilion (RM460.2 billion), ia dapat menangani impak kenaikan harga komoditi yang melambung tinggi.

Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu ini berkata, harga makanan dunia mencatat rekod tertinggi pada Disember lalu dan sesetengah bahan asas dijangka terus naik lebih tinggi.
Menurut kenyataan kerajaan itu, kenaikan harga barangan dunia yang meningkat adalah antara faktor tetapi ia bukanlah satu-satunya punca kenaikan harga barangan kerana ia turut menyalahkan tindakan rangkaian pembekal tempatan kerana menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan.
Langkah-langkah yang diambil kerajaan buat masa ini ialah memotong harga gula dan minyak masak sebanyak 41 peratus dan akan turut menggantung duti kastam untuk import gula sehingga akhir Ogos ini.
- REUTERS

0 Comments:

Post a Comment